Sabtu, 22 Disember 2012

Hari Terakhir....

Lega untuk seketika.....hari ni adalah kelas terakhir untuk sem.4 ni.Lepas sudah kesibukan seketika untuk assigntment dan presentation.Rehatkan minda seketika sementara menunggu hari peperiksaan akhir sem.4.
Buat semua pensyarah yang mengajar dan telah mencurahkan segala ilmu .....terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.Moga segala ilmu yang dicurahkan dapat digunakan bukan hanya untuk peperiksaan,malahan ilmu yang diberi berguna digunakan untuk sepanjang kehidupan ini.PadaMU Ilahi..kumohon agar diberi kejayaan dan kekuatan untuk aku menghadapi peperiksaan dan moga diberi kejayaan yang cemerlang.
Sekali lagi ....buat pensyarah semua,halalkan segala ilmu yang dicurahkan.Kepada kawan2 sekelas dan rakan sekumpulan....terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.Moga sillaturrahim kita akan terus berpanjangan dan kerjasama kita akan terus berterusan.
Sekarang masa untuk tumpuan pada kerja sekolah yang nak disiapkan sebelum 2 Januari ni.Jangan pening2....kepala.Buat perancangan yang baik.Moga segalanya dapat dibereskan dengan kehendakMU.Amin.

Rabu, 5 Disember 2012

Ayah aku rindu Padamu

Far East Menanti Di Barzakh


Buatmu abah...bila dengar nasyid ni,umi teringatkan abah.Umi tahu abah tenang dan bahagia di sana.Umi tahu abah mendengar segala tangisan dan kesedihan kami  yang abah tinggalkan.....namun kami tahu,tangisan tidak mendatang apa2 kebaikan pada abah.Hidup perlu diteruskan,sambil kami sentiasa menghadiahkan doa dan segala kebaikan yang kami lakukan adalah untuk abah.
Umi akan didik anak2 kita menjadi anak yang berguna kepada semua.

Selasa, 20 November 2012

Cinta Semakin mendalam....

 
Itulah yang kita praktikkan setelah akad abah lafazkan.Kerana itu juga cinta dan kasih sayang kita semakin hari semakin mendalam sehinggakan tak terasa yang kita sudah melayari bahtera ini hampir 13 tahun.....Abah walaupun abah telah pergi meninggalkan kami namun kasih,cinta dan kerinduan ini semakin hari semakin dalam untuk abah.Kalau boleh setiap hari umi ingin pergi dan menziarahi pusara abah...Ingin umi lafazkan bahawa umi terlalu menyintai abah dan umi tak puas lagi hidup bersama abah.Namun realitinya perlu umi akui.....Abah adalah pinjaman dan hadiah yang terindah dari Allah untuk umi dan anak2.Akan umi simpan kemas segala kenangan kita bersama.......

Saat Bahagia Bersamamu Abah.....

Kenangan terindah yang tak mungkin umi dan anak2 lupa buat selamanya.Kaulah segalanya.....kehilangan abah menghilangkan segala gurau senda dan gelak tawa yang menghiasi hidup umi dan anak2.Buatmu abah....hanya doa yang umi sentiasa kirimkan tanda kasih sayang dan ingatan umi pada abah.


Kenangan Di I-City Shah Alam.....

Isnin, 19 November 2012

Biarkan ianya berlalu...

Kepusaramu

Abah..terlalu rindu padamu.Dah beberapa hari nak menziarahi pusara abah,namun cuaca tak menizinkan.Hari ini entah tiba-tiba,..balik dari sekolah kereta ini terus ke pusara abah.Dapat lihat pusara abahpun umi rasa dah terubat rindu ini. Cuma bezanya disini ialah....umi tak boleh nak bercakap dengan abah dan mengadu segal-galanya.
Abah....kadang-kadang umi rasa kerinduan ini makin tebal dan membuak-buak seperti orang bercinta yang tak berjumpa.Makin di ingat dan disebut nama abah, kerinduan ,kepedihan dan kepiluan ini akan hadir tanpa diundang. Air mata bagai hujan yang benar2 faham akan keresahan hati ini.Tak terasa lansung yang abah sudah lama meninggalkan umi dan anak2....abadi dan tenang di sana.Hari-hari umi mengharapkan agar umi boleh bertemu abah.....biarpun hanya dalam mimpi.Setiap malam sebelum mata terlelap, itulah harapan umi.
Abah.....setiap pagi dan setiap hari gambar abah umi tatap.Mana pergi hilangnya cahaya yang sentiasa menemani sisi kepedihan ,kesedihan umi.Hilang sudah keceriaan ,gurau senda yang selalu umi dambakan.
hilang segala-galanya abah....namun umi tak hilang pedoman abah.Umi hilang kasih sayang dan perhatian abah,...tapi umi tahu,Allah maha mengetahui apa yang telah DIA tentukan untuk umi. Memang sebenarnya berat untuk umi menerima hakikat ini.....tapi bila umi kenang kembali hikmah yang tersembunyi umi redha.
Abah...dipusara abah ini, umi mengaku bahawa umi memang tak kuat ,namun umi perlu kuat.Terima kasih abah....terima kasih Allah.....ENGKAU telah menghadiahkan aku sebuah kekuatan,ketabahan dan kesabaran yang tidak mungkin ada pada aku jika tidak berlaku perkara ini.
Abah ,umi cuba untuk menjadi ibu dan ayah kepada anak2 kita.Umi tak mahu mereka merasa kekurangan tanpa kehadiran abah dalam kehidupan mereka.Setiap minggu umi cuba untuk membawa mereka menziarahi pusara abah.........umi tak mahu mereka lupa pada abah.Umi tahu mereka tak mungkin begitu......
Abah...ujian ini mungkin agak sedikit berbanding dengan mereka yang menanggung lebih berat lagi.Umi cuba menghadapinya dan mendepaninya perlahan-lahan dan sehingga umi dapat menerimanya tanpa ada air mata yang jatuh lagi abah. Bolehkah begitu abah????????...sedangkan sekarang,umi tak boleh mendengar dan melihat orang menderita sakit seperti abah.....hati umi akan tersentak dan tersentuh.
Abah......biarlah perasaan ini begini.Sekurang-kurangnya ia tidak mengurangkan rasa kasih dan rindu umi pada abah.Dan in Shaa Allah........kasih sayang ini akan semakin mendalam buat abah apabila melihat anak2 kita membesar.Untuk mu abah.....hanya kiriman doa dan Al-Fatihah yang dapat umi kirimkan buat pengubat luka dan kerinduan ini.Doa umi selalu pada Allah...agar abah sentiasa ditempatkan bersama mereka yang beriman dan dirahmati olehNYA.

Ahad, 18 November 2012

Rindunya .....bertemu sahabat

Terima kasih Aslin Ali and Alias Musa kerana sudi bertandang dan menziarahi kami sekeluarga di Nilai.Rindunya pada sahabat ini.......bayangkan kali terakhir bertemu masa ziarah baby Ahmad Ikmal.Itupun masa tu baru beberapa hari lahir.
Pertemuan yang sangat dinantikan.....berborak tentang keluarga dan hal semasa.Apapun pertemuan kali ini tanpa my hubby yang InsyaAllah tenang di sana.
Hero si Aslin ni awalnya mcm buat perangai......tapi bila lama2 okey dan peramahlah pulak.Bijak pula tu.Pantang kalau orang nak ambil gambar...pasti pandang kamera dan senyum,menunjukkan giginya yg cantik tu.Miss u baby Ahmad Ikmal.Ada masa ajak abah dan umi datang lagi yer.
InsyaAllah....nanti orang Nilai akan datang pula ke Dungun.Tunggu ajelah yer....Kat bawah ni antara gambar yang sempat diambil bersama my BFF and baby Ikmal.Layannnnnn.....

Bergambar sebelum balik

Jemput makan dulu....beriani As Salam.

Bersama kakak Najihah....sorok gigi yer Ikmal...



Okey.....terima kasih pada Lin pada memberikan keropok, kain batik dan Jus Abqori Genius.Moga persahabatan ini akan berkekalan dan berpanjangan dan dirahmati olehNya.Amin....

 

Jumaat, 16 November 2012

Rindu padamu abah...

Kadang-kadang Allah MENJARAKKAN hubungan kita ,
kemudian Dia datangkan DUGAAN pula ,
puas kita menangis ,
mencari dan merindu orang yang kita sayang ,
rupanya Allah nak menghadiahkan kita rindu yang berpanjangan agar kita tahu erti KESABARAN dan KEBAHAGIAAN ♥ .. :') 


Tq ALLAH....

Terima Kasih ............

Di malam yg hening dan syahdu ini......tiba2 hati terkenang pd orang yg tersayang.Orang yg
 sentiasa dekat di dlm hati ini.Abah......setiap mlm umi merindui abah
..........Hati sentiasa                                                                           

merintih dan mengharapkan agar abah hadir dlm mimpi2 umi.Biarpun kita hanya bertemu dalam mimpi,namun itu sudah cukup mengubat segala kerinduan umi.Namun........harapan    hanya harapan.......berlalu dan ianya pergi bagai angin yg bertiup.Ianya bertiup boleh dirasa namun tak dapat dilihat.Kenapa hati ini masih mengharapkan ianya berlaku..........Ya  Allah....berilah sedikit keajaiban,agar kerinduan ini terubat.
Abah.....kasih sayang abah umi rasakan hingga kesaat ini.Hakikatnya sukar untuk umi menerima pemergian abah.Memang umi kuat dimata mereka2 diluar sana.....namun hati dan Allah sahaja yg tahu kepedihan dan kerinduan ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ingin umi titipkan pada ayah yg telah menjaga dan mendidik abah sehinggakan umi dan anak2 merasai dan menikmati kehadiran seorang suami dan abah yg baik,sangat penyayang dan segalanya yg tak dapat umi luahkan .Semangat abah umi dapat rasakan disetiap ruang kehidupan umi dan anak2.Tiada yg lebih bermakna bagi umi selain mengingati abah dan menghadiahkan doa buat abah di sana.Terima kasih abah kerana kasih sayang dan kekuatan abah sentiasa ada dlm diri umi dan anak2.Kami tidak ketandusan kasih sayang y



g telah abah bekalkan.......cuma kami rindu dengan suara dan gurau senda abah yang sentiasa menceriakan kehidupan kami.Umi rasa kosong........namun umi cuba penuhkan kekosongan itu dengan ingatan padaNya 

Khamis, 15 November 2012

Allah sentiasa ada untuk kita

 
Setiap kali teringat abah dan merasa diri ini keseorangan.....hanya padaNYA umi mengadu.

Isnin, 12 November 2012

Khas buat suami yang sentiasa di hati...

 
Walaupun abah sudah tiada...umi akan tetap setia untuk menjadi isteri solehah dan InsyaAllah kita akan bersama di sana nanti.

Majlis Tahlil dan aqiqah

Doa dibaca agar abah tenang dan abadi disana bersama mereka yang beriman...amin.

Keluarga di sebelah abah.....terharu kerana sudi hadir.
Keluarga Alang,Hatta dan adik-adik ipar.
cepat...cepat..siapa nak aiskrim percuma.
antara menu yang cepat habis...
Posing dulu...
Dah selamat.....
Orang kuat .......
Antara rakan guru yang hadir.....
Makcik2 dan pakcik2 saudara.....
with my mum.....




Adik and mak
Anak2 dara
Kak Yah,kak nah and kak mai....tq datang

Alhamdulillah......semuanya dah selesai.Badan penat namun rasa lega kerana segalanya berjalan lancar.Buat semua yang hadir terima kasih saya ucapkan.
Buat suami yang sentiasa diingati dan sentiasa dirindui, umi akan cuba jadikan majlis tahlil ini sebagai acara tahunan agar umi dan anak2 akan sentiasa mengingati abah dan tanda kasih sayang kami pada abah.
Alhamdulillah...majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga dan mengenali jiran yang jarang umi jumpa dek kesibukan sepanjang hari.Alhamdulillah...mereka sudi hadir.
Abah.....sehari sebelum majlis berlansung...abah datang dalam mimpi umi.Seronok dan gembiranya kita abah..berjalan bersama dan abah kelihatan gembira sekali.Mungkin itu menandakan abah gembira kerana kami sentiasa mengingati abah.InsyaAllah abah, selagi nyawa dikandung badan....umi akan jaga perhubungan ini dan jaga dua permata hati kita dengan baik.Abah jangan risau disana...Umi sentiasa mendoakan kesejahteraan abah disana.
Walaupun kita jauh abah...dan hakikatnya memang terlalu jauh,namun umi sentiasa rasa abah ada disisi umi.Tak terasa yang abah sudah pergi meninggalkan kami.....semangat dan kasih sayang abah sentiasa ada untuk kami.
Moga abah tenang dan bersama mereka yang beriman....

Selasa, 6 November 2012

Pesanan Buat Diri...

Setiap yang diberi ada hikmah yang tersembunyi....

Engkau Yang lebih Mengetahui...

Ya ALLAH,
lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.

Ku hanya insan biasa yang berazam untuk menjadi khalifah yang sentiasa tunduk akur pada setiap perintah yang MAHA KUASA. Adakalanya ku juga tergelincir dari laluan yang lurus, terpedaya dengan godaan dunia, namun ku harap ku sentiasa diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk kembali

PADANYA.

Sembah Sujudku hanya PADANYA. Rasa kasih dan cintaku PADANYA dan kekasihNYA biarlah DIA sahaja yang tahu. Kuharap rahmat kasihNYA sentiasa bersamaku....

InsyaALLAH ♥♥♥

Perjalanan Hidup....

Terima Kasih Allah....

Buatmu Mak Yang Di Sayangi...

Kata-kata hikmah....buat pengubat hati yang rindu



Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
 

Buatmu yang sentiasa dalam ingatan.......

Khamis, 1 November 2012

Dugaan Menjelang Peperiksaan

Minggu lepas.....minggu exam,dengan sekolah kebangsaan dan sekolah agama.Serentak pula tu......apa yang boleh umi lakukan hanyalah berdoa agar anak-anak umi berjaya.Semuanya dah berlalu...sekarang ni masing-masing tgh berhoneymoon.
Sebenarnya nak cerita tentang apa yang berlaku pada kakak betul-betul hari peperiksaan sekolah agama.Sedang bersiap untuk mandi ....kakak jatuh di dalam bilik air dan dahinya luka dan terkoyak teruk.Dalam lukanya....darah jangan cakaplah.Umipun tak sampai hati nak tgk.....
Kakak  mmg kuat.....boleh lagi dia bersiap dan umi terus hantar kakak ke klinik.Adik umi pos ajer dgn puan Rosmaini .Keliling Bangi dan Bandar Sri Putra keluar masuk klinik...semuanya doktor tgh rehat.terlupa pula ada klinik kesihatan.Last......tawakkal ke Poliklinik An-Nur.Alhamdulillah.....doktor ada 24 jam.
Doktor pun agak terperanjat tgk dahi kakak tu.....mmg tak boleh nak plaster,jahitlah nampaknya.
Umi bangga dgn kakak sebab kakak lansung tak menangis masa doktor jahit dahi tu.8 jahitan semuanya.
Terima kasih abah....semua ini adalah kerana semangat dan ketabahan yang abah tunjukkan pada anak-anak sepanjang abah sakit.Itulah yang kakak lakukan......Alhamdulillah,skg jahitan dah dibuka dan dahinya semakin pulih.

Selasa, 11 September 2012

Terima Kasih Abah

Abah.......akan umi bajai benih kasih sayang ini dengan doa berterusan buatmu abah.
Akan umi intai setiap sudut kenangan kita sebagai penguat dan semangat umi untuk terus tabah dan mendidik benih hati kita abah.P
Akan umi tatap gambar tatkala rindu mula menyapa diri ini,kerana umi tahu kerinduan ini tak akanterubat dan hilang dalm diri ini.
Akan umi sujud kepadaNya setiap kali ingatan dan kerinduan ini tidak terbendung.
Air mata adalahteman setia umi .Jika dulu abah tempat umi sandarkan segalanya.Kegembiraan dan kesedihan .Namun kini hanya padaNya umi mengadu dan berserah.
Umi kehilangan abah.......Namun umi tidak hilang semangat dan kekuatan abah.
Anak_anak hilang kasih sayang abah,namun kasih Sayang yang bah tinggalkan itulah yang mereka bawa setiap hari setip kali rindu dtang menyapa mereka.
Kasih sayang abahmasih hangat hari demi hari umi rasakan.Terima kasih abah......abah telah membahagikan umidan anak_anak.Abah telah membahagikan kami dan memberikankasih sayang sepanjang 14 tahun kita bersama.Terima kasih abah.....

Isnin, 27 Ogos 2012

Bila rindu mula menyapa......

Abah.......kenapa hari ini,perasaan rindu umi terlalu membuak-buak teringatkan abah.Balik rumah......segalanya terkenangkan abah.Kalau dulu,balik abah ada,walaupun umi tahu abah sakit.Pandang sana teringat abah,pandang sini teringat abah.......hanya zikir sahaja yang dapat menguatkan umi sekarang ini.

Abah......terlalu banyak rasanya umi berpura-pura dgn perasaan ini.Tapi umi tak mahu orang tahu dan melihat kerinduan,kepedihan dan kesedihan hati ini,apatah lagi anak-anak.Umi cuba berlagak biasa walaupun sebenarnya umi terseksa abah.Umi hilang tempat mengadu dan bermanja.Umi rindukan belaian abah.Umi rindu untuk bermanja dengan abah.....kalau umi macam ni,agaknya anak-anak lagi terseksa kan abah.

Abah.....anak-anak abah umi lihat memang kuat melawan perasaan mereka abah.Kadangkala sahaja umi melihat mereka menangis merindukan abah.Pada waktu itu ,umi yang terpaksa melawan perasaan umi agar umi kuat dan dapat memujuk mereka.Abah......datanglah walau sekejap dalam mimpi umi.Umi terlalu merindui abah.Apa lagi yang  boleh umi lakukan melainkan dengan mengadu dan menangis dihadapanNya.Umi akui......air mata darhpun tak dapat mengembalikan abah pada umi.....Ya Allah....Engkau kuatkanlah hati dan perasaan ini Ya Allah.Kadangkala aku lupa bahawa suamiku adalah pinjamanMu kepadaku sementara.Aku terlalu merinduinya Ya Allah........

Jumaat, 24 Ogos 2012

Balik Kampung......

Raya keempat lepas.....umi dan anak2 balik kampung abah.Terasa rindu dan nampak macam abah ada ajer disetiap sudut rumah tu.Pilu hati umi....dan memang air mata tak boleh nak  ditahan lagi abah.Kemeriahan tetap sama.....Tak terasa canggung walau tanpa abah.Terasa macam abah ada bersama tapi entah pergi kemana-mana.Anak-anak sangat gembira berjumpa mak dan bapa saudaranya....apatah lagi dapat berjumpa sepupu-sepupunya.Kegembiraan dan keseronokan mereka menghilangkan seketika ingatan dan kerinduan mereka pada abah...
 Abah......malam tu adik beradik abah semua ada.Mereka mengadakan majlis yassin dan tahlil untuk abah....kemeriahan berganda seperti biasa abah.....adik beradik mengagihkan duit raya pada anak-anak buahnya.Seronok mereka dapat duit raya.Saat itu umi terngiang-ngiang ditelinga suara abah riuh bersama adik beradik abah.Dalam hati berkata...."kalau abah ada".......tapi semuanya impian semata.Apa yang umi boleh lakukan hanyalah mengumpul segala kenangan dan simpulkan didalam lubuk hati dan ingatan umi.Walaupun jasad abah sudah pergi meninggalkan kami namun umi dan anak2 dapat merasai kehadiran abah setiap saat disisi kami.Kami tak merasa kehilangan abah.......namun ketiadaan abah membuatkan kami rasa kosong.Hanya Allah tempat kami mengadu.Mengadu tentang rindu kami.....kesedihan dan kepedihan kami.Syawalpun dan masuk hari ke enam......ini bermakna dah masuk 40 hari pemergian abah dari kami.Kami doakan moga abah tenang bersama mereka yang beriman di sana.Ingatan kami tak akan putus untuk abah yang kami sayang......abah yang terlalu baik dan tiada gantinya untuk kami.Hanya Allah yang tahu.

Khamis, 2 Ogos 2012

Khas Buat Arwah SuamiKu.......


Matrik : 1102467 No. Sem : 3
Nama : MAIZATUL EMLY MASHAINI BT ESMAIL Program : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN (QT37)
No. Kod Kursus Kredit Status Gred
1.   AAA1012  AKIDAH ISLAM  B+ 
2.   EBA2023  IMAN DAN KEHIDUPAN 
3.   EBA2033  AL-FIQH AL-ISLAMI I 
4.   EBA2043  KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 
5.   EBA2053  EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK 
6.   EBA2093  PENGANTAR BAHASA MELAYU 
************************************************************************************************
Jumlah Semester ini UKS : 17.00 MGS : 67.00
Jumlah Semua Semester UKK : 44.00 MGK : 164.25
Jumlah Keseluruhan PNGS : 3.94 PNGK : 3.73

Rabu, 1 Ogos 2012

Menghitung Hari

Abah....setiap hari umi menghitung hari..Menghitung tarikh bersejarah kita disatukan.Dari situ kita sling mengenali dan mendalami hati masing-masing.Dari sini kita temui cinta dan kasih sayang sejati dan abadi.Dan lahirlah dua permata hati kita .....abah.
  7 Ogos 1999...Ulangtahun  Perkahwinan kita abah.Kakau dulu.....setiap tahun umi sentiasa menanti kejutan dan hadiah daripada abah.Berbunga-bunga hati ini bila mendapat ucapan dan hadiah serta pemberian ikhlas abah tanda kasih sayang abah dengan ikatan suci ini.
   Namun...tahun ini,abah telah memberikan kejutan awal untuk umi.Kejutan yang umi tak sangka akan berlaku pada umi dan anak-anak.Hadiah yang abah berikan terlalu mahal untuk umi.Hadiah sebuah ketabahan ,kesabaran dan kekuatan.Akan umi jaga pemberian abah ini sampai bila-bila........Kekuatan dan ketabahan yang abah tunjukkan sepanjang abah menderita sakit ,memberi inspirasi pada umi untuk terus kuat dan tabah dalam melayari kehidupan ini bersama dua permata yang abah tinggalkan.
  Tahun ini umi akan sambut bersama anak-anak kita.Umi dan anak-anak akan menghadiahkan abah bacaan Al-Fatihah dan alunan bacaan Yassin dihari ulangtahun kita..Mulai saat ini....dan tahun ini seterusnya,bukan umi yang akan menanti hadiah daripada abah,tapi kami yang akan menghadiahkan abah alunan bacaan ayat suci tanda kasih sayang kami pada abah.
  Terlalu berat rasanya untuk umi menghadapi saat ini,namun inilah hakikatnya abah.Kenangan dan ingatan bersama abah sahaja yang akan umi bawa sepanjang pelayaran kehidupan ini.Terlalu banyak kenangan manis bersama abah....kami kuat kerana kasih sayang yang abah tinggalkn untuk kami......melimpah ruahnya kasih sayang yang abah curahkan hingga kami terasa abah masih bersama kami hingga saat ini.Abah sentiasa bersama kami.Abah tetap bersama kami.......Selamat Ulangtahun Abah.Umi  dan anak-anak terlalu merinduimu....