Khamis, 1 November 2012

Dugaan Menjelang Peperiksaan

Minggu lepas.....minggu exam,dengan sekolah kebangsaan dan sekolah agama.Serentak pula tu......apa yang boleh umi lakukan hanyalah berdoa agar anak-anak umi berjaya.Semuanya dah berlalu...sekarang ni masing-masing tgh berhoneymoon.
Sebenarnya nak cerita tentang apa yang berlaku pada kakak betul-betul hari peperiksaan sekolah agama.Sedang bersiap untuk mandi ....kakak jatuh di dalam bilik air dan dahinya luka dan terkoyak teruk.Dalam lukanya....darah jangan cakaplah.Umipun tak sampai hati nak tgk.....
Kakak  mmg kuat.....boleh lagi dia bersiap dan umi terus hantar kakak ke klinik.Adik umi pos ajer dgn puan Rosmaini .Keliling Bangi dan Bandar Sri Putra keluar masuk klinik...semuanya doktor tgh rehat.terlupa pula ada klinik kesihatan.Last......tawakkal ke Poliklinik An-Nur.Alhamdulillah.....doktor ada 24 jam.
Doktor pun agak terperanjat tgk dahi kakak tu.....mmg tak boleh nak plaster,jahitlah nampaknya.
Umi bangga dgn kakak sebab kakak lansung tak menangis masa doktor jahit dahi tu.8 jahitan semuanya.
Terima kasih abah....semua ini adalah kerana semangat dan ketabahan yang abah tunjukkan pada anak-anak sepanjang abah sakit.Itulah yang kakak lakukan......Alhamdulillah,skg jahitan dah dibuka dan dahinya semakin pulih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan