Ahad, 29 Mac 2009

Tahniah ....Dan Selamat Berjaya Untuk Kakak


Minggu lepas kakak dah dapat result exam sekolah agama.Alhamdulillah.......dalam sakit-sakit dan selalu tak kesekolah kakak masih mampu mendapat tempat ketiga.Bersyukur umi pada Allah kerana kakak berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Minggu depan pula kakak akan exam di sekolah kebangsaan.Doa jualah yang umi iringkan untuk kakak sepanjang peperiksaan nanti.Umi tahu anak umi akan buat yang terbaik.Apa sahaja keputusannya nanti umi akan terima.Hari ni badan kakak tak berapa sihat.Tadi umi dah beri makan ubat.Umi harap kakak akan sihat esok untuk kesekolah dan menghadapi peperiksaan nanti.

Jumaat, 20 Mac 2009

Kakak dan Adik yang dah semakin membesar

Awal pagi dah bersiap ke sekolah/Yang satu tu gambar kakak dalam kelas.

Kakak dan adik sedang posing baik.....punye.

Khamis, 19 Mac 2009

HAPPY BIRTHDAY KAKAK



15 Februari lepas,hari lahir kakak.Sambut sederhana aje.Abah ,Umi,Adik,Mak su,atok dan nenek saje yang ade.Umi dan abah doakan kakak akan membesar cemerlang dan dewasa menjadi orang yang berguna.Umi dan Abah sayang......kakak.

gambar terbaru adik dan kakak



gambar lagi........




Trip Ke MelaKA



Suasana di atas menara di Dataran Pahlawan

Sedapnya............

Romantiknya berada diatas Menara taming sari Emmm....sedapnya

GAMBAR TRIP KE MELAKA

Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan*Atuk dan nenek (Romantiknya berdua)
*Kakak dan adik terujadan seronok
*Haaaa.....ni sekali lagi posing sementara menunggu bot sampai













*Mak su posing ala2 Malu2 kucing

Tu tgh tunggu bot sampai/Dlm bot,menikmati keindahan sungai dan suasana kg di Melaka.
TRIP KE MELAKA
Semalam hari lahir bapak.Aku sefamili dan adik bawa bapak ke MElaka.Just to celebrate.Tak tahu apa nak buat.Nak beli kek mcm biasa aje,last.....aku dan adik cadang bawalah bapak and mak ke Melaka.Besat juga kat Melaka skg.Satu ari tak abis jln.Bertolak pkl 12.00 tgh.Berhenti sekejap di jejantas utk makan dan solat.Spi dlm pkl 3.00.First kami naik cruise sungai.........Okey.....not bad.Memang Melaka skg cukup interesting.

Sabtu, 7 Mac 2009

Semuanya baru baik

Lama rasanya tak update blog ni.Sibuk dgn keje sekolah dan keluarga.Alhamdulillah...hari ni dapat buka komp.ni dan updatekan cite terbaru.Sebenarnya kami sekeluarga baru baik dari demam yang panjang.Satu famili tumbang.Sian aku tgk mak masa kenduri abg Li.Tak ada ape yang aku blh tolong,melainkan rehat dan berbaring.My hubby tolong2lah juga tapi bila kena panas nak pitam.Ulang alik ke klinik dan hospital.Sian kat kakak dan adik.Badan masing2 lemah.Seminggu tak ke sekolah.Kat umah nenek pun asyik baring aje.
Mulanya aku mcm dah putus asa.Napelah demam anak tak baik2.Pegi klinik hari2.Siap test darah lagi.Semuanya normal.At last,pergi pakar kanak2 di Az Zahrah.Alhamdulillah..........demam dan sakit adik dan kakak terutamya dan beransur pulih.Rupanya my eldest daughter ususnya luka.Padanlah makan sikit aje cirit.Di saat aku menulis ni ,semuanya baik2 belaka.
Cadangnya nak bawa anak berjalan2 untuk dapatkan suasana baru.Ahad ni pegi tgk upin dan ipin.Saje....nak bagi my daughter happy.
Alhamdulillah...berkat doa dan keberkatan dariNYA dapat lagi kami melalui kehidupan spt biasa.Ialahkan..segala2nya datang dari Allah.Dia yang memberi ,Dia juga yang memulihkan.