Jumaat, 15 Februari 2013

Selamat Hari Lahir Kakak.....

Dalam sibuk mengharungi kehidupan seharian........tidak umi sedari puteri umi telah meningkat besar dan dewasa.Masih terbayang lagi bagaimana gembiranya abah dan umi menerima kehadiran kakak dalam kehidupan kami.Gelak tawa dan tangisan kecil yang selalu umi dan abah rindui.
11 tahun telah berlalu........walaupun hari ini (15 Februari 2013) abah tiada disisi menyambutnya bersama kita,namun umi tahu abah tentu bahagia dan gembira melihat kakak membesar menjadi anak yang baik dan solehah...Insha Allah.Kakak anak yang tabah.Sumber kekuatan umi untuk mengharungi kehidupan ini tanpa abah disisi.
Selamat Hari Lahir Kakak......anak yang umi sayangi dan kakak yang adik kasihi.Doa umi moga kakak akan terus menjadi anak yang solehah.....pelajar cemerlang duania akhirat  serta hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNYA.Apapun yang terjadi......ingat,Allah sentiasa ada disisi.
Permata hati umi yang abah tinggalkan buat pengubat rindu dan lara umi.Membesarlah sayang dengan penuh kasih dan sayang dari umi dan mereka yang ada disekeliling kakak.Ingatlah...mereka semua menyayangi kakak.Jangan hirau dengan kekurangan yang ada.Itu hanya sementara dan tidak mencacatkan apa yang kita ada.Abah tiada bukan bermakna kita hilang segalanya.......kasih sayang abah sentiasa ada untuk kakak,umi dan adik.Ingatan dan kenangan yang abah tinggalkan cukup untuk kita bawa hingga ke akhirnya.
Sekali lagi buatmu sayang dan permata hati umi......"SELAMAT HARI LAHIR".
Kami sayang kakak.....

Rabu, 13 Februari 2013

Abah......

Sukarnya hendak menepis kenangan dan ingatan padamu abah....umi akan jadikan setiap kenangan dan kerinduan ini sebagai kekuatan dan ketabahan untuk umi dan anak-anak menempuh hari depan....kadangkala kami merasakan bahawa abah ada disisi kami....cuma jauh dan tak boleh berbicara.Bicara kami hanya pada doa yg kami kirimkan padamu abah....Abah.....kami rindu....Apatah lagi 20 Feb semakin hampir tiba.

Setiap kali cuba ,setiap kali itulah ingatan dan kenangan semakin menebal......Hanya doa yang mampu kami kirimkan.Moga rohmu abah bersama mereka yang beriman.Datanglah dalam mimpi kami.....umi terlalu merindui abah.Umi rindu segalanya tentang abah.......Moga kita akan  bertemu di SyurgaNYA dan abadi disana abah.Itu yang umi mohon selalu.Moga kekuatan Allah berikan pada umi untuk menghadapi segala badai yg melanda........Amin.

Selasa, 22 Januari 2013

PUTERIKU.....












Buatmu puteri2ku.....Umi terlalu menyayangi kalian.Tiada kata yg dapat digambarkan untuk menunjukkan  kasih dan sayang umi pada kalian. Kakak dan adik adalah hadiah dan harta yang paling bernilai yg dianugerahkan oleh Allah pada abah dan umi.Biarpun abah sudah tiada....namun kasih sayang abah ada untuk kakak dan adik.Jangan rasa kurang dengan apa yang ada......umi tahu kalian adalah anak2 yang kuat dan tabah.Sentiasa membahagiakan hati umi.....takut dan risau melihat airmata umi mengalir.Moga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah.Dapat berbakti untuk abah,umi serta mereka yang berada disekeliling kalian.Amin.....

Sabtu, 19 Januari 2013

Durian Crepe

Resepi Crepe Durian Polkadot
Oleh: Al Ummu Al Payid

BAHAN BAHAN

20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan
CARA CARA

Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk , sebatikan dan tapis.
Asingkan 1 Senduk kecil utk pwarna hijau, 1 Senduk kecil utk pwarna Oren.klu cair tmbah kan sedkit tepung.masukkan Dlm piping bag.
Lengserkan kuali dengan butter.
Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick ( tak melekat ) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan tipis. Masa kite menebar tuu lebihan adunan boleh di keluarkan supaya crepe tak menjadi tebal. Buat crepe setipis yang boleh ye.agak2 sedkit kering titis kan pewarna hijau n Oren tadi..utk corak Polkadot.
Masak menggunakan api yang kecil
Masak hingge crepe mengering dan tak perlu di terbalikkan.

FILLING
200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingge kental
Isi durian secukupnye.

atau

FILLING KASTARD

A ) 200 gm susu segar
50 gm whipping cream
B ) 30 gm tepung kastard
50 gm gula castor
2 kuning telur
30 gm susu segar

200 gm non dairy whipping cream

Satukan campuran B hingga sebati.
Satukan A dan B dan masak atas double boiler hingga adunan menjadi pekat.. Sejukkan sebentar.( biar betul betul sejuk tauu , kalau tak nanti freshcream tuu mencair )
Putar whipping hingga kental.
Satukan adunan kastard dan whipping dengan kaedah kaup balik.

CARA MENGGULUNG.
Ambil sekeping crepe
Letak filling
Letak isi durian
Gulung crepe dengan melipat kiri dan kanan.Lipat bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah keatas.

Cream custard
bhan A
400 gm fresh milk
100 gm fresh cream *brand value pride sdap
bhan B(cmpur skali kacau sebati)
50gm custard powder
90gm gula kastor
4bji kuning telur
50gm fresh milk
bhan C
500gm fresh cream* pkul smpai hard peak
cra
1 double boiler bhn A smpai mendidih skejap
2 msuk bhan B.kacau smpai adunan pekat guna api perlahan
3 pkul bhn C smpai hardpeak
4 msuk bhn B ke dlm bhn C

Selamat memcuba! :)

Selasa, 15 Januari 2013

Tahun baru 2013......

Tahun baru,semangat baru dan segal-galanya dengan azam baru.Abah......anak2 kita umi dah tukarkan ke sekolah baru.Harapan umi agar mereka dapat temui suasana baru dan secara tak lansung mereka tidak asyik teringat dengan segala peristiwa sedih sepanjang 2012 lepas.Nampaknya strategi umi agak berjaya.Mereka agak gembira dengan suasana dan pembelajaran baru mereka.Hari2 balik bercerita dan terus bercerita.Yang paling umi terharu mereka dah mula menghafal surah2 .Moga mereka akan menjadi penolong abah di sana.Itulah doa dan harapan umi selalu untuk abah dan anak2 umi.

Sekarang ni setiap pagi umi akan masakkan sarapan untuk mereka sebagai sarapan dan bekalan mereka.Umi rasa bahagia ........kalau abah ada tentu lebih seronokkan...apapun segala yang lepas umi cuba ambil sebagai perkara yg positif.Petang mereka balik dengan va.Alhamdulillah...mereka dah pandai berdikari.Umi balik sekolah segalanya hampir selesai.Homework,jadual waktu dan mereka juga dah mandi.Pandai mereka abaah.....Anak2 abahkan!!!!!.Abah doakan kami dikejauhan ni yer.Dengan bantuan dan doa Insha Allah ,umi akan jaga anak2 kita dengan penuh perhatian dan baik agar mereka akan menjadi anak yg solehah.