Rabu, 31 Disember 2008

TERkejut DAN TERharu......

Tengahari tadi,sekolah aku mengadakan jamuan akhir tahun dan juga perpisahan bagi guru2 yang berpindah DEPALMA IOI.Tak ramai guru yang hadir aku lihat.Entahlah....akupun tak tahu kenapa.Yang pastinya aku berpuas hati dan berselera betul makan tgahari tu.Oh ya,dimajlis tersebut adalah juga disampaikan beberapa anugerah kepada beberapa org guru yang bertuah.Duduk semeja dgnku ialah kak Mazidah,kak Rusni,kak Amizah dan beberapa yg lain.Minta maaf ye,tak ingat dah siapa.Sambil melihat hadiah yg byk tu,sempatlah kami bergurau.Siapalah yg nak wakilkan meja kami ni utk terima hadiah.Nak tahu kenapa?.Sebab masing2 rasa tak layak dan tak rasa hadiah tu ada untuk kami.Semasa penyampaian hadiah bermula,kami sibuk bertepuk tgn utk guru yg menerima hadiah dan anugerah,tiba2 namaku disebut utk penerima pengurusan fail panitia terbaik.Ops.......betul ke.Aku tenang aje,naik pentas dan ambillah hadiah.Ingatkan sekali .Rupanya,alhamdulillah.......disaat akhir aku melepaskan jawatanku sbg ketua panitia,aku dapat meninggalkan nama yg baik.Kelab dan persatuan Pendidikan Islam dapat lagi dua anugerah melalui unit KO Kurikulum.Terkejut dan terharu juga aku dibuatnya.Walaupun aku tak tahu dari segi apa yang dilihatnya anugerah yg diberi,sekurang2nya penganugerahan itu menaikkan semangat aku utk terus berusaha dan buat yg terbaik utk thn hadapan.Utk kak Mazidah dan Kak Rusni,tahniah juga utk anugerah yg diterima.

Isnin, 29 Disember 2008

Azam Tahun Baru

Tahun baru dah pun tiba.Apa azam tahun baru agaknya.Kalau aku,azam pertama aku......nak bawa kereta juga tahun depan.Tak dapat awal thn,tgh tahun ataupun akhir tahun.Asalkan tahun depan aku dah berani bawa kereta.Senang untuk aku,suami dan anak2.Kalau aku dah berani bawa kereta ,orang yg paling gembira sekali tentu suami.Apa taknya,taklah hubby aku tu susah-susah nak berpusing hantar aku dan anak2 ke sekolah pagi2.Jgn marah ye abah.Umi tahu abah ikhlas.Tu yg umi sayang......sgt kat abah. Untuk keluarga,dah semestinya aku nak membina sebuah keluarga yg bahagia dan sempurna.Tapi itu semuakan ditangan Allah.Kita hanya merancang.Insya'Allah........hijrah 1430 ini aku akan cuba menjadi isteri yang lebih baik,umi yang lebih prihatin dan penyanyang,anak yang taat pada ibubapanya dan guru yang bertanggungjawab.Semoga Allah kabulkan segala impian dan azam aku ni.Kita tak blh berharap sahaja,usaha juga perlu diiringkan dengan setiap impian kita.Akan aku jalankan ianya serentak.Hopefully tahun baru ini akan membawa sinar kebahagiaan pada aku sekeluarga.Amin......

Rabu, 24 Disember 2008

SEMUANYA DAH NAK BERMULA.......

Aku dah mula ke sekolah .Mesyuarat dan mesyuarat tak habis-habis.Aku mengajar sesi pagi.Masih lagi seprti dulu.Cuma bezanya skg, aku tak jadi ketua panitia.Jawatan yang aku pegang selama bertahun-tahun.Akhirnya lepas juga.Emmmmmm ..........tapi yang tak syoknye.....aku kena jadi guru kelas.Tahun enam pulak tu.Macam-macam aku tgh fikir ni.Guru yg dah biasa pegang kelas ni,sibuk membeli peralatan utk kelas masing-masing.Aku....nak beli ape ye?,nak buat ape?,.Apa-apapun aku kena menyambut cabaran ini.Tak tahu akan aku tanya orang yang tahu.Risau juga ni.Ah...tak ape.Aku boleh buat.Aku cuma berdebar-debar nak melihat puteri sulungku melangkah kesekolah tahun depan.Boleh tak dia mengurus dirinya sendiri.Kalau dulu di tadika semuanya dibantu.Muridpun taklah seramai di sekolah kebangsaan.Kakak tahu tak.....umi berdebar sangat nak menanti tahun hadapan,sesi persekolahan buka.Umi harap kakak boleh berhadapan dengan semua cabaran dan kemungkinan yang datang ye.Umi tahu,kakak orang yang kuat.Umi dah tahu kakak kelas mane.Tapi itu cuma utk sementara.Nanti sekolah akan buat berbagai-bagai ujian utk streming murid dalam kelas.Umi harap kakak boleh buat segala yang diberi dengan baik okey.Umi percaya,anak umi memang boleh.Adik pulak macamana ye.Umi pun berharap agar adik tak main-main lagi.Dalam pertengahan tahun insya'Allah adik dah mengenal huruf dan boleh membaca.Itu harapan umi.Anak umi semua nya boleh.Umi doakan semuanya berjaya.

Jumaat, 19 Disember 2008

KENANGAN BERSAMA GURU SKB


Posing dulu sebelum makan di Anjung Ketam / Bersama
sebahagian guru diMuzium Maritim Labuan


Posing sekejap dalam Muzium / Shopping sakan di pasar
Filipina di Kota Konabalu

Selasa, 16 Disember 2008

RINDUNYE................


Hari ini pagi-pagi lagi aku dah masak.Bawakan bekal untuk suami tercinta.anak-anak belum bangun lagi.Okey.......hari ni,aku nak settlekan kerja aku cepat.Perancangan panitia 2009 pun aku tgh buntu ni.Nak isi TOV dan ETR.Ni yang buat idea aku terbantut.Nak hantar 22 haribln ni.Macamana yek kawan-kawan aku yg lain.Dia org dah siap lum agaknye.

Hai......mane kawan-kawan lama aku ni.Tak balas-balas email aku.Boringnya............Pagi-pagi camni mulalah aku rindu pada kenangan masa dimaktab dulu.Susahnya nak cari kawan yang dah bawa haluan masing-masing.Kalau dapat jumpa mesti best.Buat Lin,Arni dan Ina,teman-teman rapatku dimaktab dulu,I'am really miss u all.

WAJAH KESAYANGAN HAMBA




BONDA DAN AYAHANDA TERCINTA.JASAMU TAK TERBAYAR .KAKAK DAN ADIK KELETAH DAN KECERIAANMU ADALAH KEBAHAGIAANKU.ABAH.....SENYUMMU ADALAH UNTUKKU.

Isnin, 15 Disember 2008

RENUNGAN UNTUK SEMUA

Antara Impian & Kenyataan
Ketika lepas bebas di alam remaja,impianku tidak mengenal batasan - aku ingin
MENGUBAH DUNIA
Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,ku sedari....rupanya dunia tidak akan berubah.Lalu aku bataskan jangkauan.Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA.Namun ini juga tidak kesampaian.
Di usia senja,pilihan terakhirku ialah untuk MENGUBAH KELUARGA dan mereka yang terdekat .Malangnya...mereka juga tidak mampu ku ubah.Kini, di pembaringan menanti maut,baru kusedari
Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah DIRI SENDIRI - dengan menunjukkan teladan yang baik,pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA.Lantas.....dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,aku pasti mampu MENGUBAH NEGARA.
DAN SIAPA TAHU...MUNGKIN JUGA AKU MAMPU MENGUBAH DUNIA

Cuti



Diam tak diam rupa-rupanya sekolah dah nak buka. Ini bermakna rutin harianku juga akan berubah.Kalau sekarang bangun pagi,boleh relaks-relaks,tapi nanti pagi-pagi,aku terpaksa bersiap dan menyiapkan dua orang puteriku yang akan bersekolah tahun hadapan.Tak dapat lagi aku bayangkan.Riuh mengejutkan mereka atau kelam kabut nak menyiapkan mereka.Yang pastinya, aku kena bangun dan bersiap awal dari mereka.Kemudian baru mandikan dan siapkan dua orang puteriku itu.
Cuti.....memang menyeronokkan.Pagi-pagi lagi dapat vacum,mop lantai dan pastikan rumah dalam keadaan bersih.Tidurpun boleh lewat,kerana esok tak gaduh nak bangun awal.Cuti....cuti,bila lagi nak cuti lagi ye.
Kalau sesi persekolahan dah bermula,segalanya sibuk.Dengan sukatan pelajaranlah,aktiviti tahunan dan berbagai aktiviti sekolah sepanjang tahun.Dan yang pastinya, aku kena berdepan dengan berbagai ragam muridku.








KeluargaKU SyurgaKU



Umi sayang abah,kakak dan adik.Sa......yang umi.Keluarga yang cukup bermakna buatku.

Percutianku

Cuti Depavali lepas aku sefamili mengikuti family day suami ke Langkawi.Bermulanya cuti sekolah pergi pula keLabuan dan Kota KInabalu mengikuti rombongan sekolah.Untuk anak2 umi slps umi balik dari sabah kita bercuti pula ke PD dan Melaka.Seronok betul kan.

Untuk guru2 yg bersama ke Sabah,sesungguhnya aku sgt gembira dan hilang segala tension dan masalah sekolah.

Anak-anakku

Kesayanganku

Salam Perkenalan



Buat semua sahabat yang mengenaliku,salam dan selamat berjumpa kembali.