Selasa, 28 Februari 2012

Surah Ad-Dhuha

Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Isnin, 27 Februari 2012

Rindu....

Tak tahu nak kata apa.....yang pastinya rindu ni bertamu tanpa diundang sehinggakan titik2 jernih jatuh bagaikan hujan. Petang semasa dlm perjalanan balik kerumah slps mengambil kakak dan adik dari sekolah agama,tiba2 terasa kosong dan sunyi. Terbayang malam nanti tanpa abah disisi.

Abah....umi,kakak dan adik rindu.Maka tadi masing2 tak dapat nak menahan tangisan.Biarlah.....nangislah.Nak tahanpun buat apa.Cepat balik yer abah.....kami tak biasa tanpa abah menemani kami setiap malam.

Pandang sini nampak abah,pandang situ nampak abah.....segala2nya abah.Malam...slps maghrib barulah reda semuanya.Tapi.....jangan diungkit nama abah ,ada yang berair mata nanti.

Betapa kami rindukan abah.Satu hari terasa macam dah lama berlalu.Tak sabar rasanya nak menanti Rabu menjelma.Cepatlah masa.....cepatlah malam, dan siang cepatlah berlalu.Biarlah rindu ini berakhir.

Abah ......rumah sunyi bila abah tak ada.Tak ada siapa yang teringin buka TV.Masing2 dengan hal masing2.Kakak dan adik dgn homework dan buku2nya.....umi ....saja menyibukkan diri walaupun memang tahu ada banyak kerja .

Bermulalah kiraan hari.....Isnin....Selasa dan Rabu...Yeaaaaaaaa.....cepatlah..

Sabtu, 25 Februari 2012

Dah mula sibuk

Salam semua.Semester baru dah mula.Lepas ni,entah sempat tidak nak meng"update" blog ni.Assignment dan kerja pembentangan dah mula dapat.Sekarang tengah sibuk cari bahan untuk segala tugasan yang diberi.Itu baru dua lecturer......4 lagi belum tiba.

Semester ni mungkin agak sibuk kerana subjeknya agak banyak,berbanding semester lepas.Kelas bermula 8.00 pagi dan berakhir 7.00 malam.Berasap punggung duduk dibilik kuliah.Nasib baik kerusi empuk dan bilik berhawa dingin.Cuma otak ajerlah yang agak padat dan berasap kot....

Moga semester ini dapat lakukan yang lebih baik lagi dan dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.Ya;Allah!......moga diberi kesihatan,ketabahan dan kekuatan untuk aku menghadapai cabaran dan dugaan sepanjang semester ini.

Jumaat, 24 Februari 2012

Doa.....

Perbualan antara umi dan anak2nya.

Kakak:- Nanti kalau kakak dah sampai Mekah,kakak nak doa untuk umi.

Umi :- Kakak doakanlah untuk umi dan abah.Kakak nak doa apa untuk umi.

Kakak :- Kakak nak doakan umi dapat baby.

Umi :- (Terkedu sekejap)......Kakak doalah untuk kejayaan umi dulu yer.Nanti kalau umi dah habis belajar baru boleh dapat baby.Nanti kesian kat baby sebab kena tinggal dgn umi sebab nak ke librarylah....pergi cari bahanlah..

Adik:- Hah..betullah kakak...doalah untuk umi berjaya dalam peperiksaan USIM umi.Nanti umi tulis doa umi yer untuk adik dan kakak baca depan kaabah.


Terharunya umi.Apa2pun......umi doakan agar perancangan untuk menunaikan umrah ini tidak tertunda lagi.Moga adik dan kakak dapat mengerjakan umrah dan berdoa untuk abah,umi dan untuk kita sekeluarga.
Bangga umi dapat anak yang baik macam kakak dan adik.Aminnnn.

Rabu, 22 Februari 2012

Panggilan Umrah....

Alhamdulillah....tadi baru pergi ke Muhammaditah Travel Agency untuk mendaftarkan umrah untuk dua puteriku.InsyaAllah..kalau tidak ada aral yang melintang dan dipermudahkan oleh Allah,anak-anak umi,mak,bapak,adik Yan dan bapa serta mak saudara akan berangkat untuk mengerjakan umrah pada 14 Mei ini. Moga segalanya berjalan lancar.Aminnn.


Selasa, 21 Februari 2012

Kelebihan surah Al-Ikhlas...


‎*** Rahsia Surah Al-Kautsar ***

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Isnin, 20 Februari 2012

Cup cake and donut untuk hubby tersayang....

SEMPENA ULANGTAHUN HUBBY TERSAYANG DAN TERCINTA......

CUP CAKE DAN DONUT NI AJE YANG SEMPAT KAMI BELI UNTUK ABAH....

ENJOY YER ABAH......

LOVE YOU....








Selamat Hari Lahir Suamiku....

 Selamat Hari Lahir abah.Umi doakan agar abah sentiasa dirahmati,diberkati dan diberi kesihatan oleh Allah sepanjang masa dalam hidup abah.Moga dipanjangkan umur agar kita dapat sama-sama melihat anak-anak kita membesar dengan sempurna dan penuh kasih sayang.

  Bertambahnya usia bermakna kita semakin tua.Moga dengan bertambahnya usia ini abah akan menjadi lebih taat kepada perintahNYa dan bertambahnya ibadah untukNya.Mampu menjadi hambanya yang lebih beriman dan suami yang soleh serta bapa mithali kepada anak-anak kita.

   Abah adalah suami yang paling baik,memahami serta kawan kepada umi.Abahlah tempat umi sandarkan segalanya.Cerita suka dan duka umi, sedia abah dengarkan tanpa ada sebarang keluhan.

   Buat anak-anak kita,abah adalah hero mereka.Sahabat mereka juga abah yang terbaik buat mereka.Tak pernah tangan dan suara abah naik dan tinggi kepada mereka.Terlalu penyanyang sehinggakan umi dan anak-anak merindui kehadiran abah setiap hari.Kepulangan abah sentiasa kami nantikan....................

  Akhirnya.....dari umi dan anak-anak "SELAMAT HARI LAHIR SUAMI TERCINTA DAN ABAH
                                                           TERSAYANG"



Ahad, 19 Februari 2012

Hari minggu...

Setiap hujung minggu inilah tugas wajib saya.Buka kedai dobi,menggosok 20 pasang pakaian anak2 yang tersayang serta my hubby yang tercinta.Bukan merungut yer......sekadar memberitahu.Selain dapat pahala,boleh lihat anak2 umi kemas ke sekolah and my hubby segak kepejabat.Anak2  baju sekolahnya sepasang sehari,mana tak sampai 20 pasang.Dah sekolah kebangsaan 5 pasang + sekolah agama 5 pasang untuk seorang.Dua orang tak 20 pasang jadinya.
 Bkn sbb malas beli sepasang sehari,(basuh baju dema tu,hari2 tau),tapi sbb ibu yang bekerja ni.Takut nanti tak sempat basuh dan gosok.Nak2 kalau hari hujan.....jalan paling selamat,gitulah.Camtulah juga kasut.Alhamdulillah kakak pakai kasut hitam,taklah bertukar selalu.Kadang2 sebulanpun susah nak tgk dia basuh.
 Tu...baru sebahagian baju yg siap digosok......tepi tu dah siap segala baju dlm,stokin serkup dan segalanya agar esok tak kelam-kabut.


Alhamdulillah....kakak skg dah nampak kesibukan uminya,nak2 masa tgh sibuk dgn assignment.Ada masanya dia datang menghulurkan pertolongan.Tq kakak.....dapat gosok sepasang duapun umi dah rasa cukup bersyukur kerana kakak dah mula pandai untuk berdikari. Harap selepas ini adik pula mengikut yer.....

Lagi gambar Raya 2011


 with my lovely hubby
 anak dara pigitan.kat kg. Melaka






Raya 2011.......


 .

rumah mertua di Kuala Selangor.


 Dua di atas gambar saya dan faimili bersama my parent/Saya ,kakak ipar,mak and my sister.Duduk my doughter
 Nenek dengan cucunya.....
 Kakakdan adik bersama sepupu ika dan ira.
 
 Saya with my ipars.


Sabtu, 18 Februari 2012

Khas Buatmu Ibu.....


ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..

ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..
...
ツ Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥

~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka ~

Gambar celebrate birthday abah dan kakak

  1.  KEK PILIHAN UNTUK DIJAMAH


 MAKANAN PILIHAN KAKAK ,UMI DAN ABAH
 PILIHAN ADIK



Celebrate birthday kakak dan abah...

Kakak 15 Feb.2004 dan abah 20 Feb.1974..........Selamat hari lahir untuk keduanya.Disebabkan kesibukan abah dan masa yang agak terhad,maka kami menyambutnya dengan sederhana saja.Walauapapun......bukan sambutan yang besar dan meriah penentu  kasih sayang umi yang tak berbelah bahagi pada kakak dan abah.Umi akan sentiasa mengingati tarikh keramat ini kerana keduanya adalah jantung hati umi.....

Resepi Apam Beras

 Bahan2nya

2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1/2 peket mauripan                                                             
.....blender halus

2 cawan tepong beras
2 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula
1 peket eno

Cara2nya


didihkan air kukusan dulu
...masukkan dalam bekas..gaul sebati dgn bahan diblend
perap 3jam
apabila sudah naik masukkan eno gaul sebati
warnakan ikut kesukaan sendiri
panaskan acuan apam dulu
baru masukkan adunan apam
kukus 10 minit dgn api besar