Sabtu, 11 Februari 2012

Permata Hatiku......

Anak2 umi dan abah semakin membesar.Seronok rasanya dapat melihat mereka membesar didepan mata sendiri.Moga Allah memberi kesihatan dan memanjangkan umurku serta suami dengan keberkatan agar kami dapat melihat segala perjalanan dan kejayaan permataku ini.
Bila dah besar,lain pula kerenah dan kenakalannya.Sabar ajelah umi dan abah dengan perangai anak2 umi ni. Rutin harian umipun dah makin bertambah. Setiap pagi kita pergi ke sekolah bersama-sama.(Ermmmm....hebat anak abah dan umi tau...org lain pkl 5.30 pagi masih lena diulit mimpi,mereka sudah bangun bersiap utk kesekolah).Habis waktu sekolah,hantar pula permata umi dan abah ni ke sekolah agama.Petang ......bersiap pula umi utk mengambil dari sekolah agama.Penattt...tapi umi puas dan gembira kerana dapat melihat anak2 umi didepan mata.
Moga permata hati umi dan abah akan membesar dengan sihat dan sejahtera dibawah lindungan Allah dan keredhoan abah dan umi.Umi dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan