Sabtu, 31 Mac 2012

Lagi Gambar KSSR dan LINUS







Akhirnya ....

 Terbaik dari kami.
 Ruang santai.
 Bahan ilmu dan ruang membaca.
 Sudut KSSR dan LINUS....terlaksana juga akhirnya.Ruang yang terhad dapat diubah bagi kegunaan murid.
Moga segala usaha dan hasil usaha yang dilaksanakan dapat dihargai oleh semua murid-muridku.
 Buat sahabatku Sazlina....thanks,atas segala usaha,kerjasama dan sokongan hingga kita dapat menghasilkan yang terbaik untuk semua.
 Inilah hasil yang dapat direalitikan oleh kami.......

Ahad, 18 Mac 2012

♥ TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS ♥

♥ ♥

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

... 2. KETIKA MELAMAR
... Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

Hari Lahir Atuk...(Ayahanda tersayang)

19 Mac ini adalah hari lahir ayahandaku tercinta.Namun disebabkan masanya kurang sesuai..(Isnin),maka kami sambut secara sederhana dirumah adik kat Cheras.Kebetulan hari tu dia buat kenduri doa selamat dan aqiqah buat anaknya,kami tumpanglah sekaki.

Menaminkan bacaan doa.....amin (moga segalanya selamat)
Selamat Hari Lahir Atuk   .....nenek tumpang gembira.

Buat bapak..Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan bapak kerana menjaga dan membesarkan kami hingga kami berjaya dengan haluan hidup masing-masing. Moga bapak akan sentiasa di bawah lindungan kesejahteraan Allah dan diberi kesihatan olehNya agar dapat melihat pula cucu-cucu bapak membesar.Aminn.

KENDURI DAN HARI LAHIR....

Semalam kenduri aqiqah dan sementara dah semua berkumpul,kami sambutlah birthday ayahanda tercinta sekali.Sebenarnya pada 19 Mac ni,tapi hari Isnin semuanya kerjakan....

Thanks for my adik dan ipar yang sudi menjemput.Sorry tak dapat ambil gambar masa bacaan yassin dan makan-makan.Cuma ini sajalah yang dapat di ambil....
Baru sampai.....duduk melepaskan lelah sekejap.

Kek untuk atu dan untuk kami semua.

Sabtu, 17 Mac 2012

Trifle pertamaku....

Ceh..ceh..ceh.....inilah hasil trifel pertamaku.Bawa semalam masa kenduri tahlil dan aqiqah dirumah adik saya di Cheras.

Okeylah tu,buat orang yang memang tak pandai kan.Rasanya boleh tahan juga,sebab semalam licin trifel tu.My hubbypun tak sempat nak rasa.Sorry yer abah.....nanti umi buatkan lagi....

Inilah hasilnya.....
Pandangan dari tepi.....
Pandangan dari atas....

Khamis, 15 Mac 2012

Sarang Burung.........

Burung membuat sarang di atas awning rumah.......mula2 tu macam tak percaya ajer.Tapi lama kelamaan sarang tu makin membesar.Cuti sekolah ni dapatlah kami melihat burung-burung tu terbang membuat sarangnya.

Burung di arial keretaku...
Sarang yang dah makin membesar dan menjadi.../Burung sedang hinggap disarang
Ni adalah di antara gambar sarang dan burung tu yang dapat diambil secara sembunyi di dalam rumah.Burung2 tu takkan datang kalau dia nampak orang.Jadi kenalah sembunyi untuk ambil gambar ni.

Doa Duduk Diantara Dua Sujud