Ahad, 18 Mac 2012

Hari Lahir Atuk...(Ayahanda tersayang)

19 Mac ini adalah hari lahir ayahandaku tercinta.Namun disebabkan masanya kurang sesuai..(Isnin),maka kami sambut secara sederhana dirumah adik kat Cheras.Kebetulan hari tu dia buat kenduri doa selamat dan aqiqah buat anaknya,kami tumpanglah sekaki.

Menaminkan bacaan doa.....amin (moga segalanya selamat)
Selamat Hari Lahir Atuk   .....nenek tumpang gembira.

Buat bapak..Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan bapak kerana menjaga dan membesarkan kami hingga kami berjaya dengan haluan hidup masing-masing. Moga bapak akan sentiasa di bawah lindungan kesejahteraan Allah dan diberi kesihatan olehNya agar dapat melihat pula cucu-cucu bapak membesar.Aminn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan