Selasa, 20 November 2012

Cinta Semakin mendalam....

 
Itulah yang kita praktikkan setelah akad abah lafazkan.Kerana itu juga cinta dan kasih sayang kita semakin hari semakin mendalam sehinggakan tak terasa yang kita sudah melayari bahtera ini hampir 13 tahun.....Abah walaupun abah telah pergi meninggalkan kami namun kasih,cinta dan kerinduan ini semakin hari semakin dalam untuk abah.Kalau boleh setiap hari umi ingin pergi dan menziarahi pusara abah...Ingin umi lafazkan bahawa umi terlalu menyintai abah dan umi tak puas lagi hidup bersama abah.Namun realitinya perlu umi akui.....Abah adalah pinjaman dan hadiah yang terindah dari Allah untuk umi dan anak2.Akan umi simpan kemas segala kenangan kita bersama.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan