Isnin, 19 November 2012

Kepusaramu

Abah..terlalu rindu padamu.Dah beberapa hari nak menziarahi pusara abah,namun cuaca tak menizinkan.Hari ini entah tiba-tiba,..balik dari sekolah kereta ini terus ke pusara abah.Dapat lihat pusara abahpun umi rasa dah terubat rindu ini. Cuma bezanya disini ialah....umi tak boleh nak bercakap dengan abah dan mengadu segal-galanya.
Abah....kadang-kadang umi rasa kerinduan ini makin tebal dan membuak-buak seperti orang bercinta yang tak berjumpa.Makin di ingat dan disebut nama abah, kerinduan ,kepedihan dan kepiluan ini akan hadir tanpa diundang. Air mata bagai hujan yang benar2 faham akan keresahan hati ini.Tak terasa lansung yang abah sudah lama meninggalkan umi dan anak2....abadi dan tenang di sana.Hari-hari umi mengharapkan agar umi boleh bertemu abah.....biarpun hanya dalam mimpi.Setiap malam sebelum mata terlelap, itulah harapan umi.
Abah.....setiap pagi dan setiap hari gambar abah umi tatap.Mana pergi hilangnya cahaya yang sentiasa menemani sisi kepedihan ,kesedihan umi.Hilang sudah keceriaan ,gurau senda yang selalu umi dambakan.
hilang segala-galanya abah....namun umi tak hilang pedoman abah.Umi hilang kasih sayang dan perhatian abah,...tapi umi tahu,Allah maha mengetahui apa yang telah DIA tentukan untuk umi. Memang sebenarnya berat untuk umi menerima hakikat ini.....tapi bila umi kenang kembali hikmah yang tersembunyi umi redha.
Abah...dipusara abah ini, umi mengaku bahawa umi memang tak kuat ,namun umi perlu kuat.Terima kasih abah....terima kasih Allah.....ENGKAU telah menghadiahkan aku sebuah kekuatan,ketabahan dan kesabaran yang tidak mungkin ada pada aku jika tidak berlaku perkara ini.
Abah ,umi cuba untuk menjadi ibu dan ayah kepada anak2 kita.Umi tak mahu mereka merasa kekurangan tanpa kehadiran abah dalam kehidupan mereka.Setiap minggu umi cuba untuk membawa mereka menziarahi pusara abah.........umi tak mahu mereka lupa pada abah.Umi tahu mereka tak mungkin begitu......
Abah...ujian ini mungkin agak sedikit berbanding dengan mereka yang menanggung lebih berat lagi.Umi cuba menghadapinya dan mendepaninya perlahan-lahan dan sehingga umi dapat menerimanya tanpa ada air mata yang jatuh lagi abah. Bolehkah begitu abah????????...sedangkan sekarang,umi tak boleh mendengar dan melihat orang menderita sakit seperti abah.....hati umi akan tersentak dan tersentuh.
Abah......biarlah perasaan ini begini.Sekurang-kurangnya ia tidak mengurangkan rasa kasih dan rindu umi pada abah.Dan in Shaa Allah........kasih sayang ini akan semakin mendalam buat abah apabila melihat anak2 kita membesar.Untuk mu abah.....hanya kiriman doa dan Al-Fatihah yang dapat umi kirimkan buat pengubat luka dan kerinduan ini.Doa umi selalu pada Allah...agar abah sentiasa ditempatkan bersama mereka yang beriman dan dirahmati olehNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan