Jumaat, 15 Februari 2013

Selamat Hari Lahir Kakak.....

Dalam sibuk mengharungi kehidupan seharian........tidak umi sedari puteri umi telah meningkat besar dan dewasa.Masih terbayang lagi bagaimana gembiranya abah dan umi menerima kehadiran kakak dalam kehidupan kami.Gelak tawa dan tangisan kecil yang selalu umi dan abah rindui.
11 tahun telah berlalu........walaupun hari ini (15 Februari 2013) abah tiada disisi menyambutnya bersama kita,namun umi tahu abah tentu bahagia dan gembira melihat kakak membesar menjadi anak yang baik dan solehah...Insha Allah.Kakak anak yang tabah.Sumber kekuatan umi untuk mengharungi kehidupan ini tanpa abah disisi.
Selamat Hari Lahir Kakak......anak yang umi sayangi dan kakak yang adik kasihi.Doa umi moga kakak akan terus menjadi anak yang solehah.....pelajar cemerlang duania akhirat  serta hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNYA.Apapun yang terjadi......ingat,Allah sentiasa ada disisi.
Permata hati umi yang abah tinggalkan buat pengubat rindu dan lara umi.Membesarlah sayang dengan penuh kasih dan sayang dari umi dan mereka yang ada disekeliling kakak.Ingatlah...mereka semua menyayangi kakak.Jangan hirau dengan kekurangan yang ada.Itu hanya sementara dan tidak mencacatkan apa yang kita ada.Abah tiada bukan bermakna kita hilang segalanya.......kasih sayang abah sentiasa ada untuk kakak,umi dan adik.Ingatan dan kenangan yang abah tinggalkan cukup untuk kita bawa hingga ke akhirnya.
Sekali lagi buatmu sayang dan permata hati umi......"SELAMAT HARI LAHIR".
Kami sayang kakak.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan