Rabu, 25 Julai 2012

Perginya kau yang kami sayang...

 Tanggal 16 Julai 2012 akan tetap terpahat kekal dalam ingatan umi dan anak2.Abah pergi buat selamanya meninggalkan kami.....Abah,...hilang sudah teman suka dan duka umi.Hilang sudah tempat umi mengadu segalanya.Hilang tempat umi dan anak2 bermanja.
 Walaupun berat untuk kami melepaskan abah pergi,namun umi tahu Allah lebih menyayangi abah dan mungkin itu adalah yang terbaik buat abah.Kami redho abah.....berat untuk umi melihat penderitaan abah menahan kesakitan.Siang malam umi berdoa.Jika sembuh adalah terbaik untuk abah maka sembuhkan suamiku Ya Allah...namun jika sebaliknya,Engkau tabah dan kuatkan lah hati umi .
   Umi puas abah krn umi dapat berbakti kepada abah sehingga akhir hayat abah....Umi dapat membisikkan kalimah syahadah ditelinga abah...itulah saat yang paling bermakna buat umi.Umi dah bersedia untuk menghadapi saat ini namun...umi masih belum kuat.Kenangan dan bayangan abah sentiasa dlm ingatan umi.
   Abah...kami rindu...lebih2 lagi disaat semua umat Islam berpuasa,kami kehilangan orang yang kami sayang.Terasa janggal kerana berpuasa tanpa abah...apatah lagi nanti jika saat menjelang raya.
    Apapun abah tetap dalam ingatan umi dan anak2......InsyaAllah kami akan sentiasa menghadiahkan abah dengan zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran.Pusara abah juga akan sentiasa kami ziarahi.....kami kehilangan jasad dan senyum tawa abah,namun kami ada semangat dan kasih sayang abah yang tak habis abah curahkan untuk kami.Kami merinduimu abah...........

1 ulasan:

  1. Salam Takziah buat ustazah, mohon maaf atas kelewatan saya mengetahui berita ini.

    Apa pun, sebagai sahabat yang baru mengenali beliau, saya telah pun memaafkan segala kesilapan yg mgkn ada dan menghalalkan segala pemberian dpd saya. Diharap beliau juga begitu untuk saya.

    Sesungguhnya saya tetap terasa kehilangan seorang sahabat yang baik dlm segala segi.

    Semoga ustazah dan keluarga tabah menghadapi ujian ini dan semoga beliau ditempatkan bersama mereka yg beriman.

    BalasPadam