Sabtu, 28 Julai 2012

14 hari beralu.....

Sudah 14 hari abah meninggalkan kami.Masih terbayang lagi segala bayangan ,gelak tawa,gurauan serta segalanya tentang abah.Kami rindu.......namun apa yang boleh kami lakukan!!!!!!.Air mata mengalir jauh di dalam hati..namun dikhalayak kami tak tunjuk.Kadang-kadang,bila umi memandu seorang.....umi menangis sendiri.Abahhhhhh......umi masih tak puas hidup bersama abah.
     Kami redho atas pemergian abah.....namun kami tak kuat untuk menepis segala kenangan manis yang abah tinggalkan untuk kami. Terlalu banyak abah.Abah terlalu baik untuk umi dan anak2..........
Setiap detik kami akan mengingati abah.....makan abah,tidur abah,cakap abah.....dan segala-galanya abah.
Tak terasa keseronokan berpuasa dan untuk berhari raya.Segalanya terasa hambar....cuma umi cuba merasai keseronokannya ..,ternyata hanya untuk anak-anak abah.Umi tak mahu mereka terasa akan kehilangan abah. Namin umi tahu.,,,,mereka rindu.Adik terutamanya.
    Semoga abah tenang disana.....kami akan mendoakan kesejahteraaan abah.Umi tak akan berhenti menulis untuk abah.Doakan kami yer abah.......Doakan kami kuat menempuh hari-hari mendatang tanpa abah disisi.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan