Rabu, 9 Disember 2009

KeluargaKu Sayang

Snow World Genting
Zoo Negara

Raya Sedondon

KeluargaKu Sayang

KeluargaKu Sayang

Masa dalam pantang melahirkan adik
Raya pertama kakak.
Kakak semasa berumur 8 bulan.

KeluargaKu Sayang


Kenangan Dulu-dulu (8 Ogos 1999)

Selasa, 8 Disember 2009

Berjumpa Lagi

Lama betul rasanya tak up date blog ni.Cutipun dah lama bermula.Dah menjangkau dua minggu.Apa yg dah aku buat sepanjang cuti ni.....entahlah.Awal cuti hari tu berjalan ke Penang.Itupun holiday yang tak dirancang."On the spot"betul percutian tu.Tapi alhamdulillah,segalanya berjalan lancar dan anak2pun seronok.Hari2 yg seterusnya menjalani aktiviti harian cuti dengan kerja2 biasa.Menunggu sambutan Hari Raya Aidil Adha.Rayapun dah selesai......merancang lagi percutian utk anak2.Apakan daya,my hubby tak dapat nak apply cuti yg panjang.Umi faham abah.......merajuk tu saje je.Nak bermanja sikit....Satu hari Hubby bercuti bawa anak berjalan ke Aquaria dan Pusat Sains Negara.Sekarang ni,masa2 utk menunggu hari2 utk bertugas semula di sekolah.Baju dan kelengkapan anak2pun masih belum selesai.Beli sedikit demi sedikit.Yuran adik........insyaAllah sebelum buka sekolah umi dan abah akan bayar terus kpd cikgu.Memang bertuah bdk2 sekarang ni,yuran tadika aje dah mcm nak msk universiti.Tak pelah...utk anak2 abah dan umi.Moga anak2 abah dan umi akan menjadi orang yg berjaya dan taat pada agama dan keluarga.Amin.....

Khamis, 27 Ogos 2009

uLANGTAHUN pERKAHWINAN ke-10

Hadiah Adik Untuk Mak Su
Alhamdulillah....setelah melalui berbagai cabaran bersama,hari ini kami meraikan ulangtahun perkahwinan ke-10 di De Palma pada 7 Ogos 2009.Malam tu juga,kami meraikan hari lahir mak su Yanti pada esoknya 8 Ogos 2009.

Bersama My Lovely Hubby
I Love U VERY MUCH
Bunga Pemberian Suami.Ada Coklat Tau....

Isnin, 24 Ogos 2009

Ramadhan Datang Lagi


Seronok tgk anak2 berpuasa.Dah masuk hari keempat,mrk still bersemangat untuk bangun sahur dan berpuasa.Tapi time nak kejut sahur la susah sikit.Tapi masih tak buat ragam.Merengek tu biasalah utk budak yang berumur 7 dan 5 tahun. Aku macam tak percaya,adik yang berumur 5 tahun boleh berpuasa sama ngan aku,abahnya dan kakak.Umi harap......anak2 umi akan teruskan.Umi doakan agar anak2 umi sihat sepanjang ramadhan ini.Puasa penuh okey......nanti umi dan abah bagi ganjarannya.Untung anak2 umi.....ganjaran dunia dapat,akhirat pun dapat insyaAllah......

Rabu, 10 Jun 2009

Jalan-jalan masa cuti

Seronoknya bercuti.Terima kasih pada my hubby yang sanggup bercuti untuk bawa kami sekeluarga bercuti.Seawal pagi kami bertolak,singgah melepaskan lelah memandu di hentian Temerloh.Sampai di Kuantan,makan dan ambil angin di teluk cempedak.
Sampai di Cherating,hari pertama tinggal di rumah adik,hari kedua baru check in di Schantuary Resort.
Jalan-jalan sampai ke Paka,Kemaman.Makan di kedai kopi Hai Peng.Makan ikan goreng tepung macam makan pisang goreng.Shopping sikit dekat the Store Kemaman.Yang seronoknya dapat makan satar.Tapi.....tak puas sebab semua gerai habis jual satar.
Cari remis di pantai Balok.Penat......tapi seronok.Tak sedar hari dah petang.Apapun......next time,nak pergi lagi bercuti kesana.Masih belum puas berjalan rasanya.
Thanks untuk suamiku tercinta dan tersayang.........I Love U.
Sedapnya makan...........................

Posing di Menara Teluk Cempedak

Rabu, 3 Jun 2009

31 Mei..........Umi Dan Adik





Sambutan yang sederhana.Sekadar kami sekeluarga.Makan-makan di Secret Receipe.Alhamdulillah.......masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Buat adik.....umi doakan agar adik menjadi seorang anak yg solehah.Moga abah dan umi dapat melihat kejayaan dan perjalanan hidup adik dan kakak.

Khamis, 30 April 2009

SELAMAT JALAN MAK SU

Ari ni mak su dah berangkat ke Pahang untuk mula bekerja sebagai jurutera Oil & gas.Atuk,nenek dan mak ngah yang pergi hantar sekali.Sebelum berangkat tadi kami dah sama-sama bersarapan kat Taman Warisan Putra Jaya.Slps breakfast mereka terus bertolak ke Pahang.Emmmm......lps ni atuk la pulak yg mengambil kakak,adik dan umi balik dari sekolah.Boring juga,sbb tak boleh lagi nak ajak mak su jalan-jalan.
Untuk mak su,umi doakan dari jauh.Jaga diri baik-baik semasa diperantauan.Kerja elok2.Kami di sini doakan agar tak lama lagi mak su balik untuk bertugas sbg tenaga pengajar di GMI.

Rabu, 15 April 2009

My Parent ke Solo/Mak su Start keje

Pagi tadi mak dan bapak bertolak ke Solo mengikut rombongan Yayasan Al Jenderami.Mengikut jadual my parent akan berada di sana sehingga 18 April 2009.Pagi2 pkl lima my hubby call mak.Dah ada dlm bas rupanya.Mak tanya nak pesan ape.Tak payahlah nak menyusahkan orang tua kan........pesan aku agar mak dan bapak selamat berada disana dan selamat kembali semula ke Malaysia.
Sepanjang mak dan bapak tak de,aku dgn my hubbylah kena bergilir ambil cuti.Tak ape......asalkan mak dan bapak dapat bermusafir dan melawat negara orang.Ari ni aku tak kesekolah,kakak dan adikpun samalah.Ingatkan mak su boleh antar kakak kesekolah,rupanya dah start keje pula .Esok dan lusa turn my hubby cuti.Aku sekolah mcm biasalah.Seronok juga klu my hubby cuti ni.Bukan senang nak suruh dia cuti.Balik sekolah cepat dan boleh jalan2 lagi.Jgn marah ye abah.I Love U......
Mak Su pula dah start keje kat olympia college ari ni.Beberapa kali juga call aku ari ni.Bosan atau gabra kot sbb first time nak jadi cikgu.Next week baru dia start ngajar.Umi,kakak dan adik doakan agar mak su jadi seorang guru yang baik.

Ahad, 12 April 2009

SElamat Hari Lahir Bapak




Kami sekeluarga meraikan hari Lahir bapak di Depalma Cafe................Inilah antara gambar yang dapat diambil

Katil Baru Adik dan Kakak


Adik dan kakak baru dapat katil.Aha......baru mereka tidur dalam bilik sendiri.Seronoknya mereka bukan kepalang.Siap posing atas katil baru.Cantik tak.......................................

Sekitar Di Majlis Perkahwinan Com (Sepupuku)

posing lagi......................................................................................
Keluarga Bahagia..........................................................................

Sekitar Di Majlis Perkahwinan Com (Sepupuku)




Masing-masing posing di depan
pelamin

Sekitar Di Majlis Perkahwinan Com (Sepupuku)


Mak Su,adik,Kakak Dan Amira
posing slps majlis akad nikah.



-Abah & Adik di dlm masjid.

-Abah Dan Umi sempat
Berposing.

Jumaat, 3 April 2009

Takziah Buat Lela..........

Semalam dapat berita yang mengejutkan.Suami lelawati meninggal.Aku masih di sekolah.Semua guru sangat terkejut.Aku pun tak tahu nak kata apa.Tunggu my hubby dan ambil anak terus ke hospital serdang.Sampai dah nak maghrib.Pergi emergency, rupa2nya dah ada di rumah mayat.Terus ke sana dgn my hubby and anak2.Datang tgk ramai yang dah sampai.Lela nampak tenang,tapi aku tahu apa perasaannya sekarang.Apa yang boleh aku buat.....................
Buat Lela......akak doakan agar lela tenang dan tabah menghadapi dugaan ini.Menangislah sepuasnya.......agar selepas ini air mata itu tidak gugur lagi mengenangkan kenangan2 lalu.Kuatkan semangat,teguhkan iman agar segala keputusan yang akan dibuat nanti betul dan berdasarkan pada landasannya. Ingatlah pada qada' dan qadar Allah.Setiap yang hidup pasti akan mati.Yang datang pasti akan pergi................Terimalah walau ianya berat untuk ditanggung.Ada rahmat disebalik apa yang Allah berikan pada kita.Al-Fatihah....untuk arwah suami lela.Semoga rohnya bersama orang2 yang beriman.Amin.............

Ahad, 29 Mac 2009

Tahniah ....Dan Selamat Berjaya Untuk Kakak


Minggu lepas kakak dah dapat result exam sekolah agama.Alhamdulillah.......dalam sakit-sakit dan selalu tak kesekolah kakak masih mampu mendapat tempat ketiga.Bersyukur umi pada Allah kerana kakak berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Minggu depan pula kakak akan exam di sekolah kebangsaan.Doa jualah yang umi iringkan untuk kakak sepanjang peperiksaan nanti.Umi tahu anak umi akan buat yang terbaik.Apa sahaja keputusannya nanti umi akan terima.Hari ni badan kakak tak berapa sihat.Tadi umi dah beri makan ubat.Umi harap kakak akan sihat esok untuk kesekolah dan menghadapi peperiksaan nanti.

Jumaat, 20 Mac 2009

Kakak dan Adik yang dah semakin membesar

Awal pagi dah bersiap ke sekolah/Yang satu tu gambar kakak dalam kelas.

Kakak dan adik sedang posing baik.....punye.

Khamis, 19 Mac 2009

HAPPY BIRTHDAY KAKAK



15 Februari lepas,hari lahir kakak.Sambut sederhana aje.Abah ,Umi,Adik,Mak su,atok dan nenek saje yang ade.Umi dan abah doakan kakak akan membesar cemerlang dan dewasa menjadi orang yang berguna.Umi dan Abah sayang......kakak.

gambar terbaru adik dan kakak