Selasa, 20 November 2012

Cinta Semakin mendalam....

 
Itulah yang kita praktikkan setelah akad abah lafazkan.Kerana itu juga cinta dan kasih sayang kita semakin hari semakin mendalam sehinggakan tak terasa yang kita sudah melayari bahtera ini hampir 13 tahun.....Abah walaupun abah telah pergi meninggalkan kami namun kasih,cinta dan kerinduan ini semakin hari semakin dalam untuk abah.Kalau boleh setiap hari umi ingin pergi dan menziarahi pusara abah...Ingin umi lafazkan bahawa umi terlalu menyintai abah dan umi tak puas lagi hidup bersama abah.Namun realitinya perlu umi akui.....Abah adalah pinjaman dan hadiah yang terindah dari Allah untuk umi dan anak2.Akan umi simpan kemas segala kenangan kita bersama.......

Saat Bahagia Bersamamu Abah.....

Kenangan terindah yang tak mungkin umi dan anak2 lupa buat selamanya.Kaulah segalanya.....kehilangan abah menghilangkan segala gurau senda dan gelak tawa yang menghiasi hidup umi dan anak2.Buatmu abah....hanya doa yang umi sentiasa kirimkan tanda kasih sayang dan ingatan umi pada abah.


Kenangan Di I-City Shah Alam.....

Isnin, 19 November 2012

Biarkan ianya berlalu...

Kepusaramu

Abah..terlalu rindu padamu.Dah beberapa hari nak menziarahi pusara abah,namun cuaca tak menizinkan.Hari ini entah tiba-tiba,..balik dari sekolah kereta ini terus ke pusara abah.Dapat lihat pusara abahpun umi rasa dah terubat rindu ini. Cuma bezanya disini ialah....umi tak boleh nak bercakap dengan abah dan mengadu segal-galanya.
Abah....kadang-kadang umi rasa kerinduan ini makin tebal dan membuak-buak seperti orang bercinta yang tak berjumpa.Makin di ingat dan disebut nama abah, kerinduan ,kepedihan dan kepiluan ini akan hadir tanpa diundang. Air mata bagai hujan yang benar2 faham akan keresahan hati ini.Tak terasa lansung yang abah sudah lama meninggalkan umi dan anak2....abadi dan tenang di sana.Hari-hari umi mengharapkan agar umi boleh bertemu abah.....biarpun hanya dalam mimpi.Setiap malam sebelum mata terlelap, itulah harapan umi.
Abah.....setiap pagi dan setiap hari gambar abah umi tatap.Mana pergi hilangnya cahaya yang sentiasa menemani sisi kepedihan ,kesedihan umi.Hilang sudah keceriaan ,gurau senda yang selalu umi dambakan.
hilang segala-galanya abah....namun umi tak hilang pedoman abah.Umi hilang kasih sayang dan perhatian abah,...tapi umi tahu,Allah maha mengetahui apa yang telah DIA tentukan untuk umi. Memang sebenarnya berat untuk umi menerima hakikat ini.....tapi bila umi kenang kembali hikmah yang tersembunyi umi redha.
Abah...dipusara abah ini, umi mengaku bahawa umi memang tak kuat ,namun umi perlu kuat.Terima kasih abah....terima kasih Allah.....ENGKAU telah menghadiahkan aku sebuah kekuatan,ketabahan dan kesabaran yang tidak mungkin ada pada aku jika tidak berlaku perkara ini.
Abah ,umi cuba untuk menjadi ibu dan ayah kepada anak2 kita.Umi tak mahu mereka merasa kekurangan tanpa kehadiran abah dalam kehidupan mereka.Setiap minggu umi cuba untuk membawa mereka menziarahi pusara abah.........umi tak mahu mereka lupa pada abah.Umi tahu mereka tak mungkin begitu......
Abah...ujian ini mungkin agak sedikit berbanding dengan mereka yang menanggung lebih berat lagi.Umi cuba menghadapinya dan mendepaninya perlahan-lahan dan sehingga umi dapat menerimanya tanpa ada air mata yang jatuh lagi abah. Bolehkah begitu abah????????...sedangkan sekarang,umi tak boleh mendengar dan melihat orang menderita sakit seperti abah.....hati umi akan tersentak dan tersentuh.
Abah......biarlah perasaan ini begini.Sekurang-kurangnya ia tidak mengurangkan rasa kasih dan rindu umi pada abah.Dan in Shaa Allah........kasih sayang ini akan semakin mendalam buat abah apabila melihat anak2 kita membesar.Untuk mu abah.....hanya kiriman doa dan Al-Fatihah yang dapat umi kirimkan buat pengubat luka dan kerinduan ini.Doa umi selalu pada Allah...agar abah sentiasa ditempatkan bersama mereka yang beriman dan dirahmati olehNYA.

Ahad, 18 November 2012

Rindunya .....bertemu sahabat

Terima kasih Aslin Ali and Alias Musa kerana sudi bertandang dan menziarahi kami sekeluarga di Nilai.Rindunya pada sahabat ini.......bayangkan kali terakhir bertemu masa ziarah baby Ahmad Ikmal.Itupun masa tu baru beberapa hari lahir.
Pertemuan yang sangat dinantikan.....berborak tentang keluarga dan hal semasa.Apapun pertemuan kali ini tanpa my hubby yang InsyaAllah tenang di sana.
Hero si Aslin ni awalnya mcm buat perangai......tapi bila lama2 okey dan peramahlah pulak.Bijak pula tu.Pantang kalau orang nak ambil gambar...pasti pandang kamera dan senyum,menunjukkan giginya yg cantik tu.Miss u baby Ahmad Ikmal.Ada masa ajak abah dan umi datang lagi yer.
InsyaAllah....nanti orang Nilai akan datang pula ke Dungun.Tunggu ajelah yer....Kat bawah ni antara gambar yang sempat diambil bersama my BFF and baby Ikmal.Layannnnnn.....

Bergambar sebelum balik

Jemput makan dulu....beriani As Salam.

Bersama kakak Najihah....sorok gigi yer Ikmal...



Okey.....terima kasih pada Lin pada memberikan keropok, kain batik dan Jus Abqori Genius.Moga persahabatan ini akan berkekalan dan berpanjangan dan dirahmati olehNya.Amin....

 

Jumaat, 16 November 2012

Rindu padamu abah...

Kadang-kadang Allah MENJARAKKAN hubungan kita ,
kemudian Dia datangkan DUGAAN pula ,
puas kita menangis ,
mencari dan merindu orang yang kita sayang ,
rupanya Allah nak menghadiahkan kita rindu yang berpanjangan agar kita tahu erti KESABARAN dan KEBAHAGIAAN ♥ .. :') 


Tq ALLAH....

Terima Kasih ............

Di malam yg hening dan syahdu ini......tiba2 hati terkenang pd orang yg tersayang.Orang yg
 sentiasa dekat di dlm hati ini.Abah......setiap mlm umi merindui abah
..........Hati sentiasa                                                                           

merintih dan mengharapkan agar abah hadir dlm mimpi2 umi.Biarpun kita hanya bertemu dalam mimpi,namun itu sudah cukup mengubat segala kerinduan umi.Namun........harapan    hanya harapan.......berlalu dan ianya pergi bagai angin yg bertiup.Ianya bertiup boleh dirasa namun tak dapat dilihat.Kenapa hati ini masih mengharapkan ianya berlaku..........Ya  Allah....berilah sedikit keajaiban,agar kerinduan ini terubat.
Abah.....kasih sayang abah umi rasakan hingga kesaat ini.Hakikatnya sukar untuk umi menerima pemergian abah.Memang umi kuat dimata mereka2 diluar sana.....namun hati dan Allah sahaja yg tahu kepedihan dan kerinduan ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ingin umi titipkan pada ayah yg telah menjaga dan mendidik abah sehinggakan umi dan anak2 merasai dan menikmati kehadiran seorang suami dan abah yg baik,sangat penyayang dan segalanya yg tak dapat umi luahkan .Semangat abah umi dapat rasakan disetiap ruang kehidupan umi dan anak2.Tiada yg lebih bermakna bagi umi selain mengingati abah dan menghadiahkan doa buat abah di sana.Terima kasih abah kerana kasih sayang dan kekuatan abah sentiasa ada dlm diri umi dan anak2.Kami tidak ketandusan kasih sayang y



g telah abah bekalkan.......cuma kami rindu dengan suara dan gurau senda abah yang sentiasa menceriakan kehidupan kami.Umi rasa kosong........namun umi cuba penuhkan kekosongan itu dengan ingatan padaNya 

Khamis, 15 November 2012

Allah sentiasa ada untuk kita

 
Setiap kali teringat abah dan merasa diri ini keseorangan.....hanya padaNYA umi mengadu.

Isnin, 12 November 2012

Khas buat suami yang sentiasa di hati...

 
Walaupun abah sudah tiada...umi akan tetap setia untuk menjadi isteri solehah dan InsyaAllah kita akan bersama di sana nanti.

Majlis Tahlil dan aqiqah

Doa dibaca agar abah tenang dan abadi disana bersama mereka yang beriman...amin.

Keluarga di sebelah abah.....terharu kerana sudi hadir.
Keluarga Alang,Hatta dan adik-adik ipar.
cepat...cepat..siapa nak aiskrim percuma.
antara menu yang cepat habis...
Posing dulu...
Dah selamat.....
Orang kuat .......
Antara rakan guru yang hadir.....
Makcik2 dan pakcik2 saudara.....
with my mum.....




Adik and mak
Anak2 dara
Kak Yah,kak nah and kak mai....tq datang

Alhamdulillah......semuanya dah selesai.Badan penat namun rasa lega kerana segalanya berjalan lancar.Buat semua yang hadir terima kasih saya ucapkan.
Buat suami yang sentiasa diingati dan sentiasa dirindui, umi akan cuba jadikan majlis tahlil ini sebagai acara tahunan agar umi dan anak2 akan sentiasa mengingati abah dan tanda kasih sayang kami pada abah.
Alhamdulillah...majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara dua keluarga dan mengenali jiran yang jarang umi jumpa dek kesibukan sepanjang hari.Alhamdulillah...mereka sudi hadir.
Abah.....sehari sebelum majlis berlansung...abah datang dalam mimpi umi.Seronok dan gembiranya kita abah..berjalan bersama dan abah kelihatan gembira sekali.Mungkin itu menandakan abah gembira kerana kami sentiasa mengingati abah.InsyaAllah abah, selagi nyawa dikandung badan....umi akan jaga perhubungan ini dan jaga dua permata hati kita dengan baik.Abah jangan risau disana...Umi sentiasa mendoakan kesejahteraan abah disana.
Walaupun kita jauh abah...dan hakikatnya memang terlalu jauh,namun umi sentiasa rasa abah ada disisi umi.Tak terasa yang abah sudah pergi meninggalkan kami.....semangat dan kasih sayang abah sentiasa ada untuk kami.
Moga abah tenang dan bersama mereka yang beriman....

Selasa, 6 November 2012

Pesanan Buat Diri...

Setiap yang diberi ada hikmah yang tersembunyi....

Engkau Yang lebih Mengetahui...

Ya ALLAH,
lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.

Ku hanya insan biasa yang berazam untuk menjadi khalifah yang sentiasa tunduk akur pada setiap perintah yang MAHA KUASA. Adakalanya ku juga tergelincir dari laluan yang lurus, terpedaya dengan godaan dunia, namun ku harap ku sentiasa diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk kembali

PADANYA.

Sembah Sujudku hanya PADANYA. Rasa kasih dan cintaku PADANYA dan kekasihNYA biarlah DIA sahaja yang tahu. Kuharap rahmat kasihNYA sentiasa bersamaku....

InsyaALLAH ♥♥♥

Perjalanan Hidup....

Terima Kasih Allah....

Buatmu Mak Yang Di Sayangi...

Kata-kata hikmah....buat pengubat hati yang rindu



Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
 

Buatmu yang sentiasa dalam ingatan.......

Khamis, 1 November 2012

Dugaan Menjelang Peperiksaan

Minggu lepas.....minggu exam,dengan sekolah kebangsaan dan sekolah agama.Serentak pula tu......apa yang boleh umi lakukan hanyalah berdoa agar anak-anak umi berjaya.Semuanya dah berlalu...sekarang ni masing-masing tgh berhoneymoon.
Sebenarnya nak cerita tentang apa yang berlaku pada kakak betul-betul hari peperiksaan sekolah agama.Sedang bersiap untuk mandi ....kakak jatuh di dalam bilik air dan dahinya luka dan terkoyak teruk.Dalam lukanya....darah jangan cakaplah.Umipun tak sampai hati nak tgk.....
Kakak  mmg kuat.....boleh lagi dia bersiap dan umi terus hantar kakak ke klinik.Adik umi pos ajer dgn puan Rosmaini .Keliling Bangi dan Bandar Sri Putra keluar masuk klinik...semuanya doktor tgh rehat.terlupa pula ada klinik kesihatan.Last......tawakkal ke Poliklinik An-Nur.Alhamdulillah.....doktor ada 24 jam.
Doktor pun agak terperanjat tgk dahi kakak tu.....mmg tak boleh nak plaster,jahitlah nampaknya.
Umi bangga dgn kakak sebab kakak lansung tak menangis masa doktor jahit dahi tu.8 jahitan semuanya.
Terima kasih abah....semua ini adalah kerana semangat dan ketabahan yang abah tunjukkan pada anak-anak sepanjang abah sakit.Itulah yang kakak lakukan......Alhamdulillah,skg jahitan dah dibuka dan dahinya semakin pulih.