Sabtu, 22 Disember 2012

Hari Terakhir....

Lega untuk seketika.....hari ni adalah kelas terakhir untuk sem.4 ni.Lepas sudah kesibukan seketika untuk assigntment dan presentation.Rehatkan minda seketika sementara menunggu hari peperiksaan akhir sem.4.
Buat semua pensyarah yang mengajar dan telah mencurahkan segala ilmu .....terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.Moga segala ilmu yang dicurahkan dapat digunakan bukan hanya untuk peperiksaan,malahan ilmu yang diberi berguna digunakan untuk sepanjang kehidupan ini.PadaMU Ilahi..kumohon agar diberi kejayaan dan kekuatan untuk aku menghadapi peperiksaan dan moga diberi kejayaan yang cemerlang.
Sekali lagi ....buat pensyarah semua,halalkan segala ilmu yang dicurahkan.Kepada kawan2 sekelas dan rakan sekumpulan....terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.Moga sillaturrahim kita akan terus berpanjangan dan kerjasama kita akan terus berterusan.
Sekarang masa untuk tumpuan pada kerja sekolah yang nak disiapkan sebelum 2 Januari ni.Jangan pening2....kepala.Buat perancangan yang baik.Moga segalanya dapat dibereskan dengan kehendakMU.Amin.

Rabu, 5 Disember 2012

Ayah aku rindu Padamu

Far East Menanti Di Barzakh


Buatmu abah...bila dengar nasyid ni,umi teringatkan abah.Umi tahu abah tenang dan bahagia di sana.Umi tahu abah mendengar segala tangisan dan kesedihan kami  yang abah tinggalkan.....namun kami tahu,tangisan tidak mendatang apa2 kebaikan pada abah.Hidup perlu diteruskan,sambil kami sentiasa menghadiahkan doa dan segala kebaikan yang kami lakukan adalah untuk abah.
Umi akan didik anak2 kita menjadi anak yang berguna kepada semua.