Sabtu, 22 Disember 2012

Hari Terakhir....

Lega untuk seketika.....hari ni adalah kelas terakhir untuk sem.4 ni.Lepas sudah kesibukan seketika untuk assigntment dan presentation.Rehatkan minda seketika sementara menunggu hari peperiksaan akhir sem.4.
Buat semua pensyarah yang mengajar dan telah mencurahkan segala ilmu .....terima kasih yang tidak terhingga diucapkan.Moga segala ilmu yang dicurahkan dapat digunakan bukan hanya untuk peperiksaan,malahan ilmu yang diberi berguna digunakan untuk sepanjang kehidupan ini.PadaMU Ilahi..kumohon agar diberi kejayaan dan kekuatan untuk aku menghadapi peperiksaan dan moga diberi kejayaan yang cemerlang.
Sekali lagi ....buat pensyarah semua,halalkan segala ilmu yang dicurahkan.Kepada kawan2 sekelas dan rakan sekumpulan....terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.Moga sillaturrahim kita akan terus berpanjangan dan kerjasama kita akan terus berterusan.
Sekarang masa untuk tumpuan pada kerja sekolah yang nak disiapkan sebelum 2 Januari ni.Jangan pening2....kepala.Buat perancangan yang baik.Moga segalanya dapat dibereskan dengan kehendakMU.Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan