Sabtu, 3 Mac 2012

Minggu yang memenatkan......

 Isnin berlalu dengan riang tanpa ada apa-apa rasa.Bermula Selasa dengan mesyuarat PIBG.....segalanya bermula.Argghhhh.......penatnya......Rabu balik petang ada koko,Khamis swimming,petang lagi  and Jumaat kemuncak segalanya.Menyiapkan segala amanah dan tanggungjawab yang diberi.Menggunakan segala kekuatan dan kudrat tenaga yang ada.Leka bekerja sehingga,pukul 4.00 tersedar .....anak2 dah mengeluh."Umi adik dan kakak lapar".Sian anak umi.Dahlah dicutikan oleh umi utk ke sekolah agama.Bergegas menyiapkan segalanya......balik bercita-cita utk menjamu selera.Aduhhh.....satu lagi,dah tiba di kedai makan,handbag tertinggal disekolah.Patah balik .....satu lagi kerja.

Selesai makan dan segalanya,isi minyak kereta....menuju ke Giant utk membayar bil.Hari ni mesti bayar.Nak tak nak....mesti pergi juga.Ambil nombor.......tak terkira ramainya org di depan.Tak apa...kakak dan adik solat asr dulu,lps tu umi.Penat tak terkata.......habis bayar segalanya.Jam 7.30 petang.

Balik rumah........kemas sedikit apa yang patut,solat maghrib.......landing.Fuh,tak boleh buka mata lagi walaupun dipaksa.Ah....biarlah segalanya.Yang pastinya badan minta untuk direhatkan.Esok nak menyambung kerja untuk sekolah ganti pula.Moga segalanya berjalan seperti biasa dan dirahmati olehnya.Aminnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan