Khamis, 16 Februari 2012

Kambing oh kambing.....

                                                                            


Hehehe.....nak tergelak pun ada.Sangatlah gelihati apabila bertembung dengan sekumpulan kambing yang sangat bersopan-santun.Apa taknyer......masa balik dari sekolah lepas hantar anak2 ke sekolah agama,on the way back,bertembung dengan sekumpulan kambing biri-biri yang agak ramai jugalah.

Biasanya kalau binatang mcm ni, dia bukan hiraukan kitapun,kita yang terpaksa berhenti dan beri laluan pada dia.Tapi kumpulan kambing ni lain.......dia berhenti dan berjalan balik apabila semua kereta dah lalu.Dalam hati nak tergelak dan berkatapun dalam hati(Pandaipun kambing ni).

Agaknya dia dah biasa dengan keadaan mcm tu kot.Laluan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang.Siapa kata haiwan tak ada otak........dalam hati terfikir juga,kalau haiwan boleh terbiasa dan boleh buat macam ni akibat keterbiasaan.Inikan pula manusia kan.

Maksudnya jika kita mahupun anak2 kita bersikap baik ,kita hendalah membiasakan mereka dengan amalan-amalan yang baik.InsyaAllah.....apabila dah terbiasa maka hasilnya sangat membahagiakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan