Ahad, 19 Februari 2012

Hari minggu...

Setiap hujung minggu inilah tugas wajib saya.Buka kedai dobi,menggosok 20 pasang pakaian anak2 yang tersayang serta my hubby yang tercinta.Bukan merungut yer......sekadar memberitahu.Selain dapat pahala,boleh lihat anak2 umi kemas ke sekolah and my hubby segak kepejabat.Anak2  baju sekolahnya sepasang sehari,mana tak sampai 20 pasang.Dah sekolah kebangsaan 5 pasang + sekolah agama 5 pasang untuk seorang.Dua orang tak 20 pasang jadinya.
 Bkn sbb malas beli sepasang sehari,(basuh baju dema tu,hari2 tau),tapi sbb ibu yang bekerja ni.Takut nanti tak sempat basuh dan gosok.Nak2 kalau hari hujan.....jalan paling selamat,gitulah.Camtulah juga kasut.Alhamdulillah kakak pakai kasut hitam,taklah bertukar selalu.Kadang2 sebulanpun susah nak tgk dia basuh.
 Tu...baru sebahagian baju yg siap digosok......tepi tu dah siap segala baju dlm,stokin serkup dan segalanya agar esok tak kelam-kabut.


Alhamdulillah....kakak skg dah nampak kesibukan uminya,nak2 masa tgh sibuk dgn assignment.Ada masanya dia datang menghulurkan pertolongan.Tq kakak.....dapat gosok sepasang duapun umi dah rasa cukup bersyukur kerana kakak dah mula pandai untuk berdikari. Harap selepas ini adik pula mengikut yer.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan