Khamis, 16 Februari 2012

Hari yang Sangat Bahagia.....

Result sem.2 dah keluar......alhamdulillah,tak sangka keputusan sangat memuaskan hati berbanding sem.lepas.
3.8...satu keputusan yang amat memeranjatkan diriku sendiri.Tak pernah terfikir difikiranku akan mendapat keputusan yang baik ini.Dikesempatan ini ingin aku panjatkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada suamiku yang sentiasa memahami akan kesibukanku sebagai seorang guru dan pelajar.Tidak pernah merungut dan sentiasa memberikan dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus.Buat anak2 umi yang juga memahami akan perjuangan umi ini walaupun ianya agak terlambat.Moga kekuatan umi ini akan memberi inspirasi kepada anak2 umi untuk belajar dengan lebih bersungguh2 lagi.Buat ibu dan ayah yang tercinta.......ibu yang sentiasa bertanya khabar dan sentiasa mendoakan anaknya sepanjang aku menduduki peperiksaan lepas.Terima kasih mak......memang benarlah kata pepatah..."Kasih Ibu Sepanjang Hayat dan hingga Ke Syurga".
          Semester barupun dah nak bermula.....moga kejayaan ini akan memberi aku inspirasi untuk terus berjuang dan berusaha maju ke hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan