Isnin, 15 Disember 2008

Cuti



Diam tak diam rupa-rupanya sekolah dah nak buka. Ini bermakna rutin harianku juga akan berubah.Kalau sekarang bangun pagi,boleh relaks-relaks,tapi nanti pagi-pagi,aku terpaksa bersiap dan menyiapkan dua orang puteriku yang akan bersekolah tahun hadapan.Tak dapat lagi aku bayangkan.Riuh mengejutkan mereka atau kelam kabut nak menyiapkan mereka.Yang pastinya, aku kena bangun dan bersiap awal dari mereka.Kemudian baru mandikan dan siapkan dua orang puteriku itu.
Cuti.....memang menyeronokkan.Pagi-pagi lagi dapat vacum,mop lantai dan pastikan rumah dalam keadaan bersih.Tidurpun boleh lewat,kerana esok tak gaduh nak bangun awal.Cuti....cuti,bila lagi nak cuti lagi ye.
Kalau sesi persekolahan dah bermula,segalanya sibuk.Dengan sukatan pelajaranlah,aktiviti tahunan dan berbagai aktiviti sekolah sepanjang tahun.Dan yang pastinya, aku kena berdepan dengan berbagai ragam muridku.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan