Rabu, 24 Disember 2008

SEMUANYA DAH NAK BERMULA.......

Aku dah mula ke sekolah .Mesyuarat dan mesyuarat tak habis-habis.Aku mengajar sesi pagi.Masih lagi seprti dulu.Cuma bezanya skg, aku tak jadi ketua panitia.Jawatan yang aku pegang selama bertahun-tahun.Akhirnya lepas juga.Emmmmmm ..........tapi yang tak syoknye.....aku kena jadi guru kelas.Tahun enam pulak tu.Macam-macam aku tgh fikir ni.Guru yg dah biasa pegang kelas ni,sibuk membeli peralatan utk kelas masing-masing.Aku....nak beli ape ye?,nak buat ape?,.Apa-apapun aku kena menyambut cabaran ini.Tak tahu akan aku tanya orang yang tahu.Risau juga ni.Ah...tak ape.Aku boleh buat.Aku cuma berdebar-debar nak melihat puteri sulungku melangkah kesekolah tahun depan.Boleh tak dia mengurus dirinya sendiri.Kalau dulu di tadika semuanya dibantu.Muridpun taklah seramai di sekolah kebangsaan.Kakak tahu tak.....umi berdebar sangat nak menanti tahun hadapan,sesi persekolahan buka.Umi harap kakak boleh berhadapan dengan semua cabaran dan kemungkinan yang datang ye.Umi tahu,kakak orang yang kuat.Umi dah tahu kakak kelas mane.Tapi itu cuma utk sementara.Nanti sekolah akan buat berbagai-bagai ujian utk streming murid dalam kelas.Umi harap kakak boleh buat segala yang diberi dengan baik okey.Umi percaya,anak umi memang boleh.Adik pulak macamana ye.Umi pun berharap agar adik tak main-main lagi.Dalam pertengahan tahun insya'Allah adik dah mengenal huruf dan boleh membaca.Itu harapan umi.Anak umi semua nya boleh.Umi doakan semuanya berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan