Rabu, 31 Disember 2008

TERkejut DAN TERharu......

Tengahari tadi,sekolah aku mengadakan jamuan akhir tahun dan juga perpisahan bagi guru2 yang berpindah DEPALMA IOI.Tak ramai guru yang hadir aku lihat.Entahlah....akupun tak tahu kenapa.Yang pastinya aku berpuas hati dan berselera betul makan tgahari tu.Oh ya,dimajlis tersebut adalah juga disampaikan beberapa anugerah kepada beberapa org guru yang bertuah.Duduk semeja dgnku ialah kak Mazidah,kak Rusni,kak Amizah dan beberapa yg lain.Minta maaf ye,tak ingat dah siapa.Sambil melihat hadiah yg byk tu,sempatlah kami bergurau.Siapalah yg nak wakilkan meja kami ni utk terima hadiah.Nak tahu kenapa?.Sebab masing2 rasa tak layak dan tak rasa hadiah tu ada untuk kami.Semasa penyampaian hadiah bermula,kami sibuk bertepuk tgn utk guru yg menerima hadiah dan anugerah,tiba2 namaku disebut utk penerima pengurusan fail panitia terbaik.Ops.......betul ke.Aku tenang aje,naik pentas dan ambillah hadiah.Ingatkan sekali .Rupanya,alhamdulillah.......disaat akhir aku melepaskan jawatanku sbg ketua panitia,aku dapat meninggalkan nama yg baik.Kelab dan persatuan Pendidikan Islam dapat lagi dua anugerah melalui unit KO Kurikulum.Terkejut dan terharu juga aku dibuatnya.Walaupun aku tak tahu dari segi apa yang dilihatnya anugerah yg diberi,sekurang2nya penganugerahan itu menaikkan semangat aku utk terus berusaha dan buat yg terbaik utk thn hadapan.Utk kak Mazidah dan Kak Rusni,tahniah juga utk anugerah yg diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan