Isnin, 29 Disember 2008

Azam Tahun Baru

Tahun baru dah pun tiba.Apa azam tahun baru agaknya.Kalau aku,azam pertama aku......nak bawa kereta juga tahun depan.Tak dapat awal thn,tgh tahun ataupun akhir tahun.Asalkan tahun depan aku dah berani bawa kereta.Senang untuk aku,suami dan anak2.Kalau aku dah berani bawa kereta ,orang yg paling gembira sekali tentu suami.Apa taknya,taklah hubby aku tu susah-susah nak berpusing hantar aku dan anak2 ke sekolah pagi2.Jgn marah ye abah.Umi tahu abah ikhlas.Tu yg umi sayang......sgt kat abah. Untuk keluarga,dah semestinya aku nak membina sebuah keluarga yg bahagia dan sempurna.Tapi itu semuakan ditangan Allah.Kita hanya merancang.Insya'Allah........hijrah 1430 ini aku akan cuba menjadi isteri yang lebih baik,umi yang lebih prihatin dan penyanyang,anak yang taat pada ibubapanya dan guru yang bertanggungjawab.Semoga Allah kabulkan segala impian dan azam aku ni.Kita tak blh berharap sahaja,usaha juga perlu diiringkan dengan setiap impian kita.Akan aku jalankan ianya serentak.Hopefully tahun baru ini akan membawa sinar kebahagiaan pada aku sekeluarga.Amin......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan