Isnin, 27 Ogos 2012

Bila rindu mula menyapa......

Abah.......kenapa hari ini,perasaan rindu umi terlalu membuak-buak teringatkan abah.Balik rumah......segalanya terkenangkan abah.Kalau dulu,balik abah ada,walaupun umi tahu abah sakit.Pandang sana teringat abah,pandang sini teringat abah.......hanya zikir sahaja yang dapat menguatkan umi sekarang ini.

Abah......terlalu banyak rasanya umi berpura-pura dgn perasaan ini.Tapi umi tak mahu orang tahu dan melihat kerinduan,kepedihan dan kesedihan hati ini,apatah lagi anak-anak.Umi cuba berlagak biasa walaupun sebenarnya umi terseksa abah.Umi hilang tempat mengadu dan bermanja.Umi rindukan belaian abah.Umi rindu untuk bermanja dengan abah.....kalau umi macam ni,agaknya anak-anak lagi terseksa kan abah.

Abah.....anak-anak abah umi lihat memang kuat melawan perasaan mereka abah.Kadangkala sahaja umi melihat mereka menangis merindukan abah.Pada waktu itu ,umi yang terpaksa melawan perasaan umi agar umi kuat dan dapat memujuk mereka.Abah......datanglah walau sekejap dalam mimpi umi.Umi terlalu merindui abah.Apa lagi yang  boleh umi lakukan melainkan dengan mengadu dan menangis dihadapanNya.Umi akui......air mata darhpun tak dapat mengembalikan abah pada umi.....Ya Allah....Engkau kuatkanlah hati dan perasaan ini Ya Allah.Kadangkala aku lupa bahawa suamiku adalah pinjamanMu kepadaku sementara.Aku terlalu merinduinya Ya Allah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan