Jumaat, 9 Januari 2009

ANAK-ANAKKU DAH SEKOLAH


Dah besar anak-anak umi dan abah.Tahun ni,masing2 dah mula bersekolah.Bangun awal pagi,Alhamdulillah tak buat perangai lagi.Kakak,pagi sekolah agama,petang ke sekolah kebangsaan.Penat nampaknya.Balik petang,malam pukul 9.00 dah tidur.Adik ke sekolah tadika.Kata mak su yang selalu antar dan ambil adik,tiap hari lepas balik sekolah mesti tidur.Apalah yg adik buat kat sekolah ye.Letih sgt nampaknya.Alhamdulillah.......anak-anak umi seronok ke sekolah.Abah dan umi pun seronok tgk kakak dan adik.Umi doakan semoga anak-anak umi berjaya menempuh segala cabaran dan rintangan sepanjang setahun persekolahan ini.Insya'Allah,anak-anak umi akan menjadi seorang yang cemerlang dalam akademik dan akhlaknya.Terang hatinya,dan mudah menerima segala ilmu yang dipelajari.Itulah doa umi selalu dalam solat untuk anak-anak umi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan