Khamis, 30 April 2009

SELAMAT JALAN MAK SU

Ari ni mak su dah berangkat ke Pahang untuk mula bekerja sebagai jurutera Oil & gas.Atuk,nenek dan mak ngah yang pergi hantar sekali.Sebelum berangkat tadi kami dah sama-sama bersarapan kat Taman Warisan Putra Jaya.Slps breakfast mereka terus bertolak ke Pahang.Emmmm......lps ni atuk la pulak yg mengambil kakak,adik dan umi balik dari sekolah.Boring juga,sbb tak boleh lagi nak ajak mak su jalan-jalan.
Untuk mak su,umi doakan dari jauh.Jaga diri baik-baik semasa diperantauan.Kerja elok2.Kami di sini doakan agar tak lama lagi mak su balik untuk bertugas sbg tenaga pengajar di GMI.

Rabu, 15 April 2009

My Parent ke Solo/Mak su Start keje

Pagi tadi mak dan bapak bertolak ke Solo mengikut rombongan Yayasan Al Jenderami.Mengikut jadual my parent akan berada di sana sehingga 18 April 2009.Pagi2 pkl lima my hubby call mak.Dah ada dlm bas rupanya.Mak tanya nak pesan ape.Tak payahlah nak menyusahkan orang tua kan........pesan aku agar mak dan bapak selamat berada disana dan selamat kembali semula ke Malaysia.
Sepanjang mak dan bapak tak de,aku dgn my hubbylah kena bergilir ambil cuti.Tak ape......asalkan mak dan bapak dapat bermusafir dan melawat negara orang.Ari ni aku tak kesekolah,kakak dan adikpun samalah.Ingatkan mak su boleh antar kakak kesekolah,rupanya dah start keje pula .Esok dan lusa turn my hubby cuti.Aku sekolah mcm biasalah.Seronok juga klu my hubby cuti ni.Bukan senang nak suruh dia cuti.Balik sekolah cepat dan boleh jalan2 lagi.Jgn marah ye abah.I Love U......
Mak Su pula dah start keje kat olympia college ari ni.Beberapa kali juga call aku ari ni.Bosan atau gabra kot sbb first time nak jadi cikgu.Next week baru dia start ngajar.Umi,kakak dan adik doakan agar mak su jadi seorang guru yang baik.

Ahad, 12 April 2009

SElamat Hari Lahir Bapak




Kami sekeluarga meraikan hari Lahir bapak di Depalma Cafe................Inilah antara gambar yang dapat diambil

Katil Baru Adik dan Kakak


Adik dan kakak baru dapat katil.Aha......baru mereka tidur dalam bilik sendiri.Seronoknya mereka bukan kepalang.Siap posing atas katil baru.Cantik tak.......................................

Sekitar Di Majlis Perkahwinan Com (Sepupuku)

posing lagi......................................................................................
Keluarga Bahagia..........................................................................

Sekitar Di Majlis Perkahwinan Com (Sepupuku)




Masing-masing posing di depan
pelamin

Sekitar Di Majlis Perkahwinan Com (Sepupuku)


Mak Su,adik,Kakak Dan Amira
posing slps majlis akad nikah.



-Abah & Adik di dlm masjid.

-Abah Dan Umi sempat
Berposing.

Jumaat, 3 April 2009

Takziah Buat Lela..........

Semalam dapat berita yang mengejutkan.Suami lelawati meninggal.Aku masih di sekolah.Semua guru sangat terkejut.Aku pun tak tahu nak kata apa.Tunggu my hubby dan ambil anak terus ke hospital serdang.Sampai dah nak maghrib.Pergi emergency, rupa2nya dah ada di rumah mayat.Terus ke sana dgn my hubby and anak2.Datang tgk ramai yang dah sampai.Lela nampak tenang,tapi aku tahu apa perasaannya sekarang.Apa yang boleh aku buat.....................
Buat Lela......akak doakan agar lela tenang dan tabah menghadapi dugaan ini.Menangislah sepuasnya.......agar selepas ini air mata itu tidak gugur lagi mengenangkan kenangan2 lalu.Kuatkan semangat,teguhkan iman agar segala keputusan yang akan dibuat nanti betul dan berdasarkan pada landasannya. Ingatlah pada qada' dan qadar Allah.Setiap yang hidup pasti akan mati.Yang datang pasti akan pergi................Terimalah walau ianya berat untuk ditanggung.Ada rahmat disebalik apa yang Allah berikan pada kita.Al-Fatihah....untuk arwah suami lela.Semoga rohnya bersama orang2 yang beriman.Amin.............